Malaysia

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Alhamdulillah, akhirnya habis juga silibus untuk malam neh. Fizik sudah tamat, Kimia pun sama. Tinggal Biologi, spesifiknya laktasi dan peranakan. Lepas tu, boleh doa banyak-banyak dan tawakal sepenuh hati. Beginilah dinamakan hidup kampus.

 Malaysia :)

Ehm... sebenarnya, malas mau menuliskan apa-apa. Cuma mahu berkongsi satu printscreen hasil perbualan saya dengan seorang rakan luar negara. Saya tanyakan pendapatnya berkenaan negara Malaysia yang digelar sebagai negara Islam. Kalau dalam negara neh, 'individu tertentu' sibuk dok kutuk-kutuk negara ni sebagai kurang Islamik. Kita tengok pendapat negara luar (sebelum tu, ini bukan satu drama, rekayasa atau apapun program terancang. Saya tidak beritahu pun mereka bahawa mesej mereka akan di-printscreen):

Syaiful Aja dari Indonesia... orang di seberang sana berhabisan mendoakan negara kita.
'Orang' dalam negara ini sibuk doakan kemusnahan orang lain.
Zoom Da Lightyagami dari Pakistan... dia yang paling optimistik pandangannya.
Saya pun tidak sepositif dia. "Betulkah negara kita begini dari pandangan luar!?". Kalaulah betul,
alangkah tidak bersyukurnya kita...
Abdul Noor dari Australia... he's a bit of a critic. Walaupun pada mulanya, dia puji,
Namun pada akhir mesej, dia sampaikan satu mesej yang sangat implisit: perlu Islamkan lagi.
Jangan risau, akhi. Saya akan laksanakan itu.

Comments

Popular Posts