Pantai Nebi

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Rasa ringan pulak tulang jemari neh mau kemas barang. Lepas Subuh tadi, terus keluarkan kotak-kotak yang sudah berdebu dari bawah katil dan terus bermula. I tell you arh, once I start, I won't stop (oh, how I wish this is real). LULZ.

Barang saya tidaklah banyak sangat. Adalah dalam dua, tiga kotak. Orang tidak berharta, kan... apa jaalah yang ada dalam loker dia. Saya berjaya menyiapkan sesi berkemas bonus packing barang untuk dibawa balik dalam masa sejam. Gadis-gadis, berasa malulah anda kerana saya lebih pantas dari anda dalam perihal mengemas.

Hehehe~suka pulak dengan header neh. Probably'll stick to this one for quite a long time. Kecualilah ada penulis yang mau ikut serta dalam konvoi kegilaan 4S ini. Ada jugak kawan yang bergurau seperti ikut serta, saya kata: mau ikut, bagitau jaa (promosi lagi =,=").

Sudahlah. Pergi terus kepada topik

Huu~sejujurnya, saya belum pelan apa-apa untuk cuti. Dalam otak fikir mau berehat jaa, sebulan (macam orang baru lepas bersalin pulak). Senior kata, semester depan lagi mencabar dari semester neh. Tapi dulukan, diaorang kata semester tiga PPISMP yang paling sukar. Bingung d *_*"b

Mungkin akan pergi ke Nebi, tempat rahsia saya dan adik-beradik bermandi dan sunbath. Tepi laut dan kalau jadi, saya akan pos gambarnya. Serius tempat tu cantik dan berpasir putih. Hanya kami sekeluarga yang tau tempat tu, sebenarnya (ini tidak pasti. Tapi saya tidak pernah nampak orang lain mandi di situ).

Semangat mau cerita pemandangan dari Nebi tu

Jap, cari gambarnya di Google. *taip, taip, taip... merungut* ... tidak jumpalah. Ndapa, teruskan jaa.

Nama Nebi tu, entah dari mana adik saya pungut. Tapi memang tempat tu seunik namanya, sebab it's our family's secret hideout. Ada pasir memutih, ada batuan yang memecah gelombang. Kalau naik ke darat sedikit, ada dua, tiga perahu kayu yang sudah lama terdampar. Reput dimakan cuaca.

Dari pantai rahsia tu, kau boleh nampak jeti besar, tapi orang dari jeti besar tidak nampak kau (how cool's that?). Depan mata, ada pulau, tapi pulau tu jauhlah. Kalau mau berenang dari Nebi ke pulau tu, Krismas tahun depan baru sampai LULZ.

Sebelah kiri, ada daratan yang memanjang membentuk unjuran muka bumi yang melengkung ke tengah laut. Kadnag-kadang, ada beberapa bot lalu pantai Nebi tu. Sedikit beroleng-oleng badan, bila bot nelayan lalu. Airnya tenang, kalau kau masuk rendamkan diri, gerenti macam tidak mau keluar dari situ.

Akhir sekali, dan yang paling menarik; tidak perlu kereta untuk ke sana. Cukup berjalan kaki selama 10 minit atau lebih dari rumah. Kamu akan tempuhi denai berlopak dan kawasan perumahan yang kelihatan sudah berabad. Serasa Indiana Jones bila betul-betul feel~

Sayangnya...

Beberapa bulan selepas itu, ada khabar angin bha. Sial neh khabar anginnya. Orang kata, sebenarnya tempat tu 'keras', ada orang pernah tenggelam, kalah dalam lambaian pantai Nebi. Sebab itulah tiada lagi yang pernah mandi di situ. Kureng betul, kami dilarang sudah untuk ke sana, provided the risk is too high.

Bagi saya, mana ada keras tempat tu. Lembut jaa pun. Kalau kamu pencinta alam, kamu akan dapat rasa 'pelukan mistik' pantai Nebi, bila kamu ke sana.

Waiiiiiiiiii....

Comments

Popular Posts