Demonstrasi Untuk Menunjukkan Betapa Cepatnya Masa Berlalu

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Huhuu- jiwang semacam jaa lagu blog neh. Macam nada lonely dan terkhianat dan broken-hearted. Gahh, tolong jangan masuk wilayah perasaan yang itu, goli. Mulai sekarang, mau jauhkan diri dari melibatkan diri dari menulis perkara berbaur cinta dan romantisisme. Pertama; sebab I'm single. Menuliskan sesuatu berkenaan cinta akan menyebabkan saya seperti mempromosi diri dan sangat desperate. Kedua; sebab it's kinda dipshit to waste time in talking the things that's best to be experienced, first hand LOL.

Masa

Pendek jaa entri lewat petang neh. Saya mahu buat demostrasi akan betapa cepatnya masa berlalu Kadang-kadang, pecutan masa macam eksponensial setiap detik. semain cepat. Ya, semua orang boleh bercakap pasal masa: masa itu measlah, masa ibarat pedanglah, demi masalah. Tapi satu yang jarang orang buat adalah membuktikan bahawa apa yang mereka cakap itu sebagai praktikal dan buat sekadar buang salivary amylase saja.

Masa adalah sebahagian dari dimensi Alam Semesta, ini hukum Fizik Teori yang kata. Seperti graviti, masa berkemungkinan besar boleh dibengkokkan dan dimanipulasi. But guys, saya tidak mau cakap dari segi sains yang terlalu kejam membunuh penghargaan kita terhadap masa. Kita cakap dalam bahasa pasar jaa, lagi mudah.

Masa adalah setiap saat yang berlalu. Masa adalah peluang, ruang untk kita hidup dan bernafas. Masa adalah kurnia Tuhan dan mungkin antara milik-Nya yang paling berharga. Begitupun, seperti mana-mana ciptaan-Nya, semua yang datang akan berlalu. Tinggalkan kesan atau sekadar membantu ke arah proses itu. *tampar diri banyak kali*

Gah. Enough said: ini buktinya: sila klik pada gambar untuk melihat betapa cepatnya masa mendewasakan ini. Semua perubahan gambar di bawah berada antar julat 15-18 tahun. Dari comel ke gendot dan tua bongkok. BTW, saya suka kumpul gambar (ndak koheren dengan entri bhaa).

Comments

Popular Posts