Ego Diperbincangkan

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Dalam kehidupan ini, kita tidak boleh lari untuk bersemuka dengan orang yang mempunyai pelbagai ragam serta taraf hidup. Namun dalam banyak-banyak jenis manusia, saya paling benci mereka yang ekstrem gila egonya. Yalah, ego itu memang penting sebagai mekanisme mempertahankan suara dan kebenaran yang kita pegang. Kalau tiada ego, senang pula dieksploitasi, kan?

Namun, kalau ego sudah melangit tingginya, itu yang masalah tu. 
1. Terlalu taksub dengan diri-sendiri
Bila ego terlalu tinggi, makhluk lain kelihatan macam semut jaa dari matanya. Yang lain kurang hebat, akulah yang terhebat. Kalau jenis yang kaya dan tampan/cantik lagilah; hidungnya tinggi cecah siling. Terlalu memuji diri dan terlalu merendahkan orang lain.  
2. Individualistik/anti-altruisme/double standard/rasis
Bila ego setinggi lapisan atmosfera Bumi, semua orang seakan tidak layak bergaul dengannya. kalau boleh, yang setaraf dia jaa, dia boleh berbicara. Yang saya jumpa di maktab neh, sampai rakan sekelas pun dianggap tiada apa-apa. Padahal jika dibandingkan dengan satu lagi kawan neh, dia bukannya pintar manapun. 
Dan satu lagi, orang over-ego neh, terlalu mengambil berat kepentingan sendiri, sehingga mengorbankan keselesaan orang lain. Lameshit neh, orang macam begini (OMMA, did I just said that!?). Buat sesuatu, tidak mengambil-kira kepentingan orang lain. 
3. Tamak, kedekut, haloba, tambu' dan yang seumpamanya
Bila dia terlalu takjub dengan kepentingan sendiri, ada kemungkinan besar untuk jiwanya tumbuh dengan perasaan tamak. Kalau minta bantuannya, perlu syarat-syarat yang kadang-kadang, tidak masuk akal. Tidak berbaloi dengan apa yang kita minta.  
Seperti contoh: kalau mahu pinjam bajunya, syaratnya mesti baju tu dikembalikan setelah bercuci dan diseterika. Neraka; NERAKAAA!!!!!!!!!! 
4. Sombong, angkuh
Kalau dalam bahasa Sabah: tambirang, betrep dan mangak. Dan dalam komuniti Sabah, orang sebegini jarang diterima dalam kelompok masyarakat. Kebudayaan Sabah penuh dengan sopan-santun dan kerendahan diri. Kalau mahu survive di Sabah, tanpa parang terbang tertancap di dada, atau pitik melekat pada tengkorak kepala, buang ego kamu jauh-jauh. 
Serius, dulu ada seorang guru masa saya PMR yang berasal dari Semenanjung: dia terlalu menyanjung susur-galurnya, sampai seluruh sekolah tidak suka akannya (uish! Ayat PMR). Kamu... just, buang ego kamu, ya! 
5. Bodoh sombong
Mulanya saya mau letak 'sok pinterr' (perasan pandai), tapi itu tidak berapa pedas. Orang jenis bodoh sombong neh, tahukan? Haah~dia sudahlah tidak pandai, berlagak pandai lagi. Bila A tanya B, C (yang ego gila-gila) biasanya akan terus mencelah. Dan belum tentu celahannya betul. Malah kadang-kadang, memutar belitkan lagi kerumitan.  
Bila dia perasan pandai, maka orang lain jadi resesif. Hanya mampu angguk dan akur pada kata-katanya. Bila berdebat, dia pentingkan kemenangan diri berbanding kebenaran yang ingin dicapai. Itu yang kadang-kadang dia buat sesuatu tanpa akal tu. 
Oh ya, orang ego juga jarang mengakui dirinya ego. Ada jaa cara supaya pendapatnya bertahan.
Keburukan/Simptom

Ego yang terlalu-lalu tinggi akan mendatangkan keburukan kepada orang terlibat juga. Saya tulis neh bukan setakat untuk meng-condemn, tapi juga meletakkan sedikit amaran buat mereka yang terlalu ego tu. Dan amaran ini boleh dijadikan checklist bagi simptom keegoan. Kalau kamu ada tanda-tanda di bawah, baik cari pawangkah, bomohkah. Hehehe~gurau. 

Carilah kawan yang boleh kamu percaya, tanyakan dia tentang sikap dan perangai kamu. Minta sekali nasihatnya, dan terima apa saja kritikan dan nasihat orang lain. Belajar untuk mengalah dan mengakui kejahilan diri.

Saya neh bukannya sempurna sangat, saya pun tinggi ego. Kadang-kadang, sakit hati jugak bila pendapat dikuburkan senang-senang jaa oleh orang-orang tertentu. >.<
1. Orang mulai menjauhkan diri daripada kamu
Ini yang paling obvious sekali. Yalah, sudah semua kamu pandang rendah, siapalah yang mau terus diperhamba dengan sentimen double standard kamu.
2. Terlalu relaks dalam pelbagai perkara
Kalau sudah perasan bagus sangat, maka pasti relaks- alaa, terlalu senang semua. Satu lagi, untuk menunjukkan bahawa dia pandai; tidak perlu belajar (ya Allah, saya ada sifat neh).  
Kadang-kadang, dia sangat-sangat memerlukan tunjuk ajar, tapi terlalu ego untuk meminta ajar. Mau dia jugak yang jadi pengajar, tidakpun; belajar dari orang secara senyap-senyap.
3. Bila kamu bercakap, orang lain tidak/jarang membantah atau mencelah 
Sebab mereka tidak mahu ada perdebatan dengan kamu. Mereka tahu kamu ego, jadi mana mungkin kamu dikalahkan. Mereka mengalah jaklaa. Ini petanda paling ketara barangkali. Cuba periksa diri (kejam gila). 
4. Rasa panas jiwa bila dikritik
Yaa~~kalau kena kritik, terus berdiri dengan kejahilan membela diri. Dan kalau kamu membaca kesemua simptom ini dan menolak semuanya ada dalam diri kamu, hati terbakar; itu tandanya kamu over-ego. Hehehe... licik, kan? 
5. Sukar menerima kelebihan orang lain, dan mengakui kelemahan diri
Kalau kamu rasa kamu terlalu plaintif dalam sesuatu perkara, maka berhati-hatilah. Kalau orang ada kelebihan, tumpang gembira untuknya dan bukan cuba meruntuhkan pula orang tadi. Contoh: kawan kamu beli kereta yang lebih moden dan stylo dari yang kamu punya. Kamu pergi gores pula keretanya. Apa kes??   
Lepas sabotaj orang lain, tidak mengakui bersalah. Lempar batu sembunyi tangan. 
Kesimpulan

Jauhilah ego. Bukannya bawa kebaikan kepada orang lain pun, malah bawa keburukan lagi kepada diri-sendiri. Pelihara hubungan dengan Allah, perhatikan setiap tingkah laku kamu. Rajin-rajinlah introspek diri, dan luangkan sedikit masa dengan diri-sendiri untuk merawat keegoan itu dengan menyebutkan segala keburukan kamu kepada diri-sendiri.

Akhir sekali, kurangkan memaki atau mencarut kawna sendiri. Itu tanda keegoan (hah, nampak? Kamu sudah panas. Itu satu lagi tanda ego).

Comments

NadJoliey said…
Yassin, jawab yg paling jujur. Sy x kisah. 1-10, brapa skala keegoan sy? I'm asking u seriously neh, friend to friend (ka? sobsobhuhu)
terasa...aku akui memang ada sifat ego dalam diri..(setelah dinilai oleh orang lain.)sama macam nadiah..berapa markah kau bagi aku untuk keegoan aku?jujur!
Sven Medyona said…
NadJoliey: Saya bagi empat. Kira stabillah, engaku neh.

farahida: Kau around lima persepuluh.


Alaa... ini sepatutnya kau tany dengan diri-sendiri, bukan tanya orang lain.
Hmmmpphhh... aku dapat rasakan skala aku around 7-8 / 10. Muahahaha (bangga pulak aku)
NadJoliey said…
Amboii.. 4 sja? Haha.

Popular Posts