Berjalan Ke Masa-masa Segiempat (LOL)

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Fuhh~penat gila hari ini. Jalan di Times Square dengan beberapa orang teman sekolej. Kami main bowling, tengok wayang, memanah, bergembira; doing things that all teenagers would enjoy as, well, teenagers. 

Tapi kepenatan tu belum cukup untuk mengalahkan perasaan merdeka saya dari timbunan tugasan serta tekanan peperiksaan. Semua itu sudah berlalu, apa nama: "let bygone be bygone". Sekarang neh, otak perlu diformat, ndamau ingat semua formula dan pemahaman yang mendera (tapi, rasa sayang pulak untuk melupakan semua. Tukarlah; saya mau simpan ilmu tu). 

Uhm. Masa kami tengah bersantai di KFC, tiba-tiba hati rasa tidak tenang. Ndatau kenapa. Kawan-kawan ada tanya kenapa saya gelisah, saya jawab, "Ndatau". Entahlah, bad omen? Gahh. Buang jauh-jauh, kepercayaan sebegitu. Mudahan tiadalah yang buruk terjadi, inshaAllah.

Maaf

Saya mau minta maaf bha neh, kepada tiga manusia yang saya sangat sayang dalam maktab neh: farahida ibrahim, NadJoliey dan ZJ kerana menjadi sebab kegagalan pelan kamu untuk enjoice stimbot. Itulah, lain kali inform awal-awal. Ini masa saya sudah di TS, baru telefon. Haiyyoo~

Apapun, saya betul-betul minta maaf. I think you should have gone with the plan, without me. Rasa bersalah gila-gila bila saya sedang menikmati masa berkualiti dengan kawan lain; kamu terperuk dalam bilik, menangisi nasib kesunyian. Huhuu~

Mengemas

Mungkin esok baru mula mengemas.Tidak sabar mau menjejakkan bumi Sabah yang dirahmati (inshaAllah). Menghirup dingin bayu Kinabalu dan hangat-hangat suri di sana. Rindu pekikan burung but-but di pagi hari, dan rindu dengan pokok kelapa depan rumah yang selalunya menjadi teman saya mencerap bintang.

Dan paling penting sekali: rindu keluarga!!!!!!! AAAAAAAAAA!!!!!!!!!!! Dalam beberapa dozen jam lagi, akan bertemu mereka. Saya sudah janji dengan diri-sendiri untuk menggunakan sebaik-baiknya masa sebulan lebih bersama dengan dorang. Dan lupa sebut: rindu dengar kakak saya berkarok. Dia pandai nyanyi, ya see?

Review 'Immortals'


Wayang neh klise. Maksud saya, jalan ceritanya yang stereotipikal dengan jalan cerita '300' dan 'God of War'. Pasal dewa-dewi, ramalan dan seorang pemuda biasa yang menjadi pemimpin soldadu manusia. Manusia tersepit antara konflik dewa-syaitan. HUARRGGHH~ *menguap* nothing new. Grafik hebat, kengerian tahap maksima.

Keseluruhan markah: 3/10

Comments

NadJoliey said…
Manada. Kami pg juga~ ><
suda ak tanya kau..di fb..xpe..lain kali kite pi..tp tme ramai org..bru buffet dy penuh
Salam Harun said…
serius best immortal...rasa nak gi tengok lagi..
Sven Medyona said…
NadJoliey and farahida ibrahim:

"You two do can live without me, right? ... Tell me, guys! TELL ME!!"

LOLZ.


Salam Harun: For real!? Oh, pendapat masing-masing. Maybe I watched movies like it too often. Feeling tu sudah tiada. :(
NadJoliey said…
Hahaha! Relax laa, lain kali pg la sama2 pla. Haha.

Popular Posts