Betapa Kuatnya Sayang

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Sudah berapa lama cuti, saya tidak ingat. Dekat dua minggu sudah kali. Setakat neh, percutian memang terbaik dan saya enjoy sangat-sangat. The best part was the feeling of freedom; free form any sorts of pressure and stresses (like I've always had in campus). Walaupun ada sedikit konflik dan perkara yang memang kadang-kadang mengganggu waktu berkualiti bersama keluarga (hujan, etc.), saya tidak kisah.

Saya mau kongsi sedikit pasal perasaan. Ya... saya pernah janji ndamau cerita benda berkaitan perasaan atau apapun dalam blog neh, tapi rules are made to be broken LOL. Bertahan jaalah, sidang pembaca. Sekejap jaa penderitaan ni (oh, sikit lupa. Maaf sebab dua hari tidak menulis apa-apa).

Perasaan


Let see... bagi saya, perasaan adalah suatu unsur dalaman manusia yang mempunyai kekuasaan yang separa mutlak kepada manusia. Perasaan adalah 'alat' yang menjadi respon kepada situasi rangsangan emosi. Kalau baca ibu tunggal yang ditinggalkan anak-anaknya di bawah jambatan, maka kita akan ada suatu rasa tidak enak dalam hati. Rasa sedih. Biasanya universal.

Perasaan boleh jadi suatu alat yang sangat kuat dan boleh juga jadi kelemahan manusia. Bukan jarang kita tertipu dengan drama pengemis palsu yang meraih simpati dengan wajah yang tak boleh blah (uish, jangan pulak berhenti memberi sedekah bila baca benda ni. Ini cuma contoh).

Contoh mudah yang menunjukkan perasaan boleh jadi senjata yang ampuh, seampuh keris Taming Sari milikan Hang Tuah adalah sangat dekat dengan anda. Jauh lebih dekat dari sesiapapun yang pernah kita ada di dunia ini: ibu kita.

Pernah dengar ndak, cerita seorang suri rumah dari Jepun?

Masa tu, si ibu sedang menyidai pakaian di tingkat bawah, aras tanah. Jarak antara kawasan menyidai baju tu jauh dari apartmentnya. Dia dan anaknya tinggal di tingkat lima belas (tidak silap). Wow, tinggi tu. Sedang dia khusyuk menyidai baju, anaknya memanjat balkoni apartment mereka. Dan anaknya jatuh. Tahu apa jadi?

Anaknya melayang macam beg sampah buruk di udara buat beberapa ketika. Si ibu kebetulan nampak anaknya sedang dalam perjalanan ke kematian, atas rasa sayang yang mendalam, tangkas meluru ke bawah balkoni mereka dengan kelajuan yang tidak terfikirkan. Titik jatuhan anaknya diteka, terdesak untuk menyelamatkan si bayi.

Ajaibnya, si ibu berjaya menangkap bayinya. Bila ditanya punca dia boleh bergerak sebegitu pantas, dia kata atas dasar sayang. Sekumpulan saintis yang mendengar peristiwa itu tertarik untuk mengkaji kesahihan pengakuan kata-kata si ibu dengan melakukan lakonan semula. Sebuah boneka kanak-kanak dijatuhkan dari tingkat yang sama, dan seorang atlit yang diletakkan pada lokasi yang sama si ibu berada semasa menjemur pakaiannya.

Walau bagaimana kerap pun lakonan dibuat, si atlit tidak boleh menandingi ketangkasan dan ketepatan agakan si ibu menangkap anaknya. Kajian ini pernah mengejutkan dunia (at least, tempat saya belajar). Biarpun ianya masih di luar kenalaran sains, kisah ini masih boleh dijadikan suatu bukti bahawa perasaan adalah suatu senjata yang sains sendiri pun kadang-kadang, bingung untuk faham.

Comments

Popular Posts