Wanita

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH
Suatu kelainan buat saya (yang sekarang) untuk mengeposkan lebih dari satu entri dalam masa sehari. Tetapi kali ini saya lakukan demi kepentingan beberapa orang yang saya rasa perlu bantuan, dan walaupun tidak banyak, harap ini dapat memberikan sesuatu untuk direnungi semula. In before, saya bukan expert pasal perkara neh, jadi main cedok beberapa pandangan orang lain yang berpengalaman, ditambah dnegan sedikit dari pemikiran saya. It's fallible, then.

Girlfriend VS Wife

Apa beza teman wanita dengan jodoh/isteri? Ini beza dia: teman wanita adalah siapa yang kau pilih dan fikir sesuai untuk kaujadikan isteri, tetap jodoh adalah siapa yang Allah SWT pilih untuk dijadikan isterimu. Dari sinilah bermulanya, sama ada, sebuah perjuangan yang sia-sia atau penantian yang berbaloi. But above all, yang paling penting bertawakal kepada Allah SWT. Tumpukan pada ibadah, Allah akan berikan hadiah bidadari di dunia.

Sounds so corny. Berkatimumul. Klise atau memang bosan kita dengar: "Berubah jadi baik, confirm dapat wanita baik". Tapi hakikatnya lebih sukar untuk diterima. Kebenarannya tidak semua itu untuk kita suka-suka kata,"OK, mungkin dia bukan untuk aku", sedangkan kita sayang betul dia dan inginkan dia jadi isteri. Again, di sinilah iman perlu ditegakkan.

Tawakkal dan niat

Tawakkal menurut Abu Ali Ad-Daqqaq pernah berkata bahawa orang yang tawakkal itu akan sentiasa berasa tenang kerana yakin dengan janji Allah SWT. Janji apa? Bukan janji 1Malaysia, bukan; tapi janjiNya yang menyatakan bahawa lelaki baik untuk perempuan yang baik. So, kalau pilihan kita baik, dan kita berubah ke arah kebaikan juga, adakah akan bersatu?

Tidak semestinya. Allah SWT adalah Perancang Rumahtangga terbaik, terutamanya kepada mereka yang yakin dengan ayat di atas. Kita mungkin tidak akan dapat siapa yang kita ingini, mungkin kerana kita lebih baik, atau mungkin kerana dia lebih baik, atau mungkin kerana Allah ada plan. Kita mesti yakin bahawa pilihanNyalah yang terbaik. Dan untuk diberikan yang terbaik, berubah untuk jadi terbaik.

Cakap pasal terbaik, saya juga mahu sentuh berkenaan nawaitu. Dalam hadith 40 Imam Nawawi r.a, apa hadith pertama beliau? Ya; "Innama fi a/malu binniyati". Semuanya bermula dengan niat. Kalau berubah kerana wanita, maka mungkin dapat wanita idaman dan mungkin tidak; tapi kalau berubah kerana Allah SWT, mahu jadikan diri lebih matang, maka mungkin dapat wanita tadi, mungkin dapat yang lebih baik, pasti dapat kasih-sayang Allah SWT dan MUSTAHIL tidak dapat apa-apa.

Maka, kita perlu bersihkan niat untuk dapatkan perempuan idaman, tumpukan pada Allah SWT dan bertawakallah kepada Allah SWT. Saya jenis yang tidak nampak kepentingan berkahwin, tetapi walaupun begitu, saya selalu doa; kalau benar diberikan, saya minta yang terbaik, tanpa rujuk nama. Kemudian aminkan dan lupakan doa tadi.

Ke situ pulak saya. Hehe.

Comments

NadJoliey said…
Uhm. Mesej sampai.

P/S: 4x suda isi word verification (masuk kali ni kalau berjaya - maybe I AM a robot)

Popular Posts