Terfikir-fikir

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Lately I've been thinking heavily about my ending. Maksud saya, penamat bagi kehidupan ini. Apakah mati dalam husnul khatimah atau su'ul khatimah? Lepas tu, saya terfikir pula pasal hari penghisaban; bagaimana saya terpaksa menunggu lama sebelum sampai giliran untuk dihakimi. 

Andaikanlah saya masuk syurga, sudah tentulah ianya suatu perkara paling menggembirakan buat saya. But then, I was thinking; macam mana kalau dalam kalangan penghuni Syurga itu, saya tidak dapat melihat kawan-kawan saya? Ahli keluarga saya? Atau, orang yang tersayang? (relax, ini perlambangan jaa. InshaAllah, bersangka baik pada Allah dan teruskan amal). Apakah Syurga masih akan terasa manis? Tapi bukan persoalan ini yang saya ingin utarakan di sini. Persoalannya; sampaikah saya?

Kalau sampai, alhamdulillah. Kalau tidak, maknanya saya terpaksa menghadapi dua kesedihan: kesedihan disiksa dan kesedihan tidak dapat melepaskan rindu padaNya. And I think it's the latter that will hurt the most.
Pemikiran terus terbang...

Saya selalu juga terbayang-bayang (eh, terbayang-bayang di sini menguatkan diri saya untuk teruskan being Muslim tau. Jadi saya tak nampak adanya sebab untuk hentikan perbuatan ini) bagaimanalah perasaannya bilamana kaki yang hina ini melangkah masuk ke dalam Kerajaan yang kekal dan terbaik pula. Dalam imaginasi saya, saya lihat ramai manusia yang saya kenal saling mengucapkan salaam dan tahniah. Dan saya nampak dia, sahabat terbaik saya melambai dari jauh. "Jum bertemu Tuhan?", ajaknya. And the rest would be blasphemous to imagine. Saya bisik dalam diri, kalau betul-betul mahu jumpa Dia, banyakkan amal, Yassin.

Berjalan-jalan di lorong-lorong Syurga, nampak pokok semuanya menundukkan pucuk mereka, dahan dan batang mereka supaya mudah penghuni Syurga memetik buahnya. Suasana di Syurga itu selesa; tidak panas dan tidak sejuk. Sekadarnya. Keluarga saya kemudiannya berbondong-bondong masuk, dengan air mata. Saya sambut mereka dengan ucapan tahniah, dan bertukar pelukan.

And then I'd wake up and curse, "Dang, dreaming!". Saya gosok mata, saya pusingkan pandangan, mencari-cari dunia tadi. Sesekali, eventually, saya akan menangis. Ya Allah, makbulkanlah Ya Allah. Redhakan hambaMu ini ke SyurgaMu bersama orang-orang yang disayanginya. Amin.

*hela nafas*

Comments

insyaAllah mimpi tu bleh jadi kenyataan..tegur aku tau yasin kalau kau nampak aku lalai..

Popular Posts