Kereta

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Bangun awal pagi, terus Subuuh dan sambung tidur. Kemudian layan 'Midnight In Paris' dilayan sebentar, sebelum telefon berbetar. Muka si Hetty terpampang pada skrinnya, nombornya turut ada. Mula-mula ingin ditekan punat maya merah, malas menjawab dan ganggu aktiviti movie marathon. Tetapi memandangkan saya orang penting, maka terpaksa menjeda filem, membuka earphone dan bergerak ke tempat letak kereta di belakang kafe. 

Saya sampai, nampak meja kerusi tempat membuat pembayaran sedang diatur. Peralatan ada yang sudah dikeluarkan, dan ada yang masih belum. Hos getah bergulung yang saya pinjam dari surau maktab saya serahkan kepada Elly. Ucap selamat pagi, tolong basuh kereta pelanggan pertama; Abang Rafi. Zulfadhli seronok mencuci kereta roommate sendiri.

Refleksi

Sebelum itu, saya mahu umumkan sesuatu--saya tidak suka orang merajuk dengan saya, macam minta dipujuk--tidak mahu berkongsi sebab atau kesalahan yang telah saya buat. Saya jadi sangat panas di dalam. Entahlah, waris darah Bugis kot. Kawan yang terasa, take note. I ain't no kidding.

Berbalik kepada refleksi: saya rasa ini BIG terbaik setakat neh. Pantai Bogak lebih kepada projek mega dengan fancy activities dan dengan abang-abang polis marin badan ketak. Dan sememangnya lebih seronok dari membersihkan jabatan. Hahaha. Tetapi BIG ini; it gives a lot of benefits to all sides. MAKNA dapat dana, kami dapat kabirul 'ajr dan pengalaman, klien dapat perkhidmatan membersihkan kereta terbaik di dunia- I think we're square. Situasi menang-menang kata Prof Dr Ardie bin Cakke (2011).

Saya terharu dengan Cik Tan. Dia- no, beliau- memberikan kami semua kekuatan (atas izinNya) untuk buat sehabis baik sebaik saja dimasukkannya RM???.?? ke dalam tangan Jong. Saat saya dengar amaun wang yang beliau sanggup berikan, kami macam orang tak pernah basuh kereta (mm-hm). Basahkan, buihkan, kontangkan (ugh) dan kilatkan; semuanya dengan cas serendah RM5.00, yang, bagi saya macam menjual nasi ayam dengan harga dua biji karipap ubi.

Sebagai pemerhati, saya noticed perubahan pelik pada seorang saudari neh, entahlah kenapa dia. Saya juga belajar satu bab lagi dari bab-bab mengenai kawan-kawan. Dan saya nampak semangat 1Malaysia sebenar menaungi parameter agenda kami. Berbasahan baju, bertukar alatan kalau terlalu lama pegang alatan yang pertama; ah, sangat menyeronokkan. Gurau-senda jangan nak dipersoalkanlah.

Hujan
Good Lord~
Awal pagi, hujan turun agak merisaukan kadarnya. Saya hanya berdoa agar ia berhenti (Zudien kata ia hujan rahmat[dan dia benar]). Atiqa asyik salahkan Jong sebab the latter tinggal solat fardhu Isyak kelmarin dan yang lain cuma boleh merenung hujan bertitisan dengan gembiranya. Menghidu bau tar jalan yang termeluwap saat air turun melunturi alam (dan keterujaan kami mencuci kereta) sambil mendengar bumbung zink dipalu hujan memang agak tidak sesuai di situ. We were damn sitting there, waiting for the "heavy drizzle" to stop. The silence of voices was simply deafening. Fikiran liar tiba-tiba menerjah.

Bagaimana kalau hujan boleh memilih untuk tidak jatuh ketika itu? Apakah ia akan turun juga ataukah ia akan beranjak, say, dua kilometer dari situ? Fikiran sendiri menjawab soalannya sendiri: tidak. Mana mungkin dia mensia-siakan rahmatnya ke atas bumi yang penuh dengan maksiat. Pastilah akan kering-kontang Bumi Malaysia, kalau begitu dan akan banjirlah Mekkah. And then I was like, "Oh... mungkin ini sebab Tuhan Ciptakan awan tanpa akal, mahupun perasaan".

Hujan adalah guru saya yang baik pasal hidup, selain Al-Qur'an dan Rasulullah SAW. As much as Jules Verne, Nøkkenbuer, Guy de Maupassant, A. Akram, ombak, awan Gunung Kinabalu dan diri-sendiri; hujan berikan saya kekuatan untuk terus membuka mata, melihat dunia dengan lebih bersedia, bertenaga. Kamu perlu berkorban untuk menjadikan dunia lebih hijau dan hidup. Kamu perlu hilang sebahagian dari diri kamu untuk menjadi kamu yang lebih baik. By definition, Cik Tan Mun Wai adalah hujan yang sangat lebat, kan? Yeah, beliau memang hujan yang sangat kuat.
Just look at the way he holds camera. If that ain't sexy, then nothing else is.

Comments

welll....im not sulking..just berkecil hati dengan beberapa ayat kau samada kau sedar atau tak...terpulang..well..all people not perfect..as u hate the way i express my hateness..its up to u..and..fyi..i didnt hope for any pujukan....end of story
Sven Medyona said…
Berterus-terang: ramuan persahabatan. Atau mungkin kau mangsa pergolakan perasaan saya... sorry-lah kalau begini.

Ask Nadiah, saya benarkan dia ceritakan semuanya pasal saya kepada kau. Beberapa manusia tak sedarkan diri mengekori saya. Nadiah tau semua neh.

Saya ndakkan minta maaf, sebab saya percaya say nda buat salah (sebab saya ndatau apa salah saya, tiba-tiba dilayan begitu). So, anyway, saya manusia rasional: saya minta maaf.
hetty said…
That ain't sexy man. Please. :P

Sven Medyona said…
Hetty, you don't talk to your Tan Sri like that, do you?
hetty said…
Well, seems like my Tan Sri have gone overboard. So I need to tell him the truth, to keep his reputation and stuff. :P

Hahahahaa
Sven Medyona said…
"HAS gone", you mean?
hetty said…
Tan Sri, why don't you be my part time english tutor. Seems like I really need one. :(
Sven Medyona said…
Hahaha. Y SO SRS?

I done grammar mistakes too, you see?

Popular Posts