Panas (Versi Politik)

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Saya pernah hidup di bawah anarkisme, tidak lama dahulu. Semuanya yang Kerajaan buat saya tentang, semuanya yang pihak atasan arahkan jadi persoalan. Saya ber"aku" dan ber"kau" dengan penyokong Kerajaan demi menunjukkan intensiti kebencian saya pada Kerajaan. Seorang aktivis SUARAM pernah berkata, "In the course of history, the truth is always with the minority" dan kerana anarki adalah minoriti, I was damn sure that I am truthful. Sekarang inipun masih lagi mengecam tindakan-tindakan yang salah. Sehinggalah seakan suatu ilham lembut datang kepada saya. 

Kuasa itu pisau yang ditujukan ke dadamu sendiri

Bila menjadi ketua kelas (yang lemah), barulah saya sedar bahawa tanggungjawab ini adalah keberatan yang sangat membebankan. Tidak mudah memimpin dua belas pelajar (and I have been wondering how the heck Ardie, Zudien and Arif managed to do it) apalagi pelajar itu remaja yang main ikut kepala masing-masing. Kau buat kerja belum tentu dipuji, kau tak buat memang condemnation paling sekejap seminggu.

Beberapa kali jugalah saya meluahkan perasaan pada beberapa orang kawan-kawan saya akan betapa besarnya amanah ini, kerana kalau boleh--seperti Saidina Ali KWJ r.a--saya hanya mahu paling tinggi jadi wazir (pembantu). Memimpin bukanlah kemahiran saya. Sebagai respon kepada komen seorang saudari, "Allah pilih Yassin", saya cuma angguk. Dan hadith ini terlintas di kepala, "Salah satu ciri-ciri orang munafik adalah, dia mensia-siakan amanah yang diberi..."

Bila saya lihat Datuk Seri Najib bertungkus-lumus membangunkan negara dan menstabilkan negara, sedangkan rakyat yang dahulunya memilihnya mengutuk memalukan, lalu membandingkan posisi saya dengan beliau, saya seakan mahu mengalirkan air mata. Terbayang betapa peritnya dihina dan difitnah. Dan rakyat; mereka hanya tahu melepas kata, tidak mengira bahawa setiap manusia adalah kelemahannya.

Contoh

Contoh betapa sukarnya menjadi pemimpin saya hasilkan sendiri semasa melihat ke luar tingkap bas dalam perjalanan balik ke Tawau (dari Kota Kinabalu). Saya nampak pembangunan meluas sedang dibuat di kawasan pedalaman. Sebagai seorang hipster dalam politik, saya tidak terus puji ataupun kutuk; saya perhatikan kesan yang mungkin, saya fikirkan hasilnya. And this idea came out:
Kalau Kerajaan tak buat pembangunan dikatakan melalaikan hak rakyat
Kalau Kerajaan but pembangunan dituduh pula merosakkan bumi rakyat
Suatu aksiom yang mana-mana Kerajaan tidak akan dapat melarikan diri. Apa yang perlu Kerajaan buat? Serta, apa yang telah Pembangkang buat? Dan sekali lagi saya cermin diri, tinjau sekeliling saya dan bersyukur dapati bayang-bayang itu tiada (atau, belum ada). Bayang-bayang pembangkangan. Saya tarik nafas lega bila kawan-kawan faham leadership flaws saya. I just can't lead people.

Ini bukan entri ampu, bukan. Ini hanya refleksi saya berkenaan Kerajaan. Saya parti PAS (namun benci PKR dan DAP, which hold me from voting PAS yet) dan Hipster, namun saya jenis yang sedar bahawa mentadbir itu sukar berdasarkan pengalaman, saya tidak mampu menahan untuk berikan salutasi pada Datuk Seri Najib. Biarpun dituduh menyembah Biskop, tangannya masih cergas membina negara. Yang sembah ruh mati bukan Islam itu tidak pula dikecam. Kalau saya Datuk Seri Najib, sudah lama saya saman pemfitnah.

But then again, beliau terlalu sibuk dengan urusan negara untuk buat semua tu.

Comments

hetty said…
True.

"Jadi pemimpin, sebelah kaki awak di sorga, sebelah lagi di neraka"

- kata-kata senior sekolah masa zaman jadi pengawas dulu -

:)

P/s : Yang tak buat hanya tahu mengkritik kan. Nah, cuba bagikan kuasa itu padanya. Tengok apa dia bikin. Hahaa
Sven Medyona said…
Seriously. It ust be a hell being have to lead 27mil people.

Popular Posts