Apa Maksud Menjadi Manusia (I)

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Satu kebiasaan saya apabila menulis adalah dengan mengutarakan soalan dahulu. Kadang-kadang isinya memang sudah tersedia dalam kepala, but most of the time, saya akan jawab soalan right on the spot selepas menanyakan soalan tadi. Untuk meneruskan tradisi berfikir saya,  pagi neh tiba-tiba terfikir oleh saya maksud sebenar menjadi manusia (pos pasal wanita itu masih ada berbaki, tapi simpan dulu itu).

Manusia

Saya tidak akan mendefinisikan manusia secara sama ada etimologi seperti cara Harper, atau secara Qur'ani seperti cara Ib Kathir, atau mungkin secara sosiologikal seperti cara Faisal Musa. Saya berdiri (anggaplah ini macam pengucapan awam saya) di sini adalah sebagai seorang remaja who has seen enough untuk mempunyai keupayaan memberi definisi sendiri. Kohlberg (1958) berkata bahawa seseorang sudah boleh membina sistem moral sendiri pada peringkat post-conventional (yang di mana saya sedang berada), maka izinkan saya membentangkan pendapat saya.

Manusia bagi saya adalah sejenis organisme yang hidup di dunia berkesedaran, berkebolehan dan berkeupayaan memilih jalan hidupnya. Berbeza dari haiwan yang hanya hidup tanpa perlu melalui perjalanan ruhaniah yang sukar, manusia 'terpaksa' memilih untuk sama ada menjadi beriman atau tidak, nihilistik atau tidak, baik atau tidak, profesional atau tidak, dan banyak lagi persoalan-persoalan eksistensial lainnya.

If we were to take pendefinisian subjek berdasarkan ciri-ciri unik yang memisahkannya dari objek-objek lain, maka saya dapat katakan manusia boleh ditakrif sebagai 'khalifah'. Sesetengah 'ulama menegaskan 'lupa' sebagai definisi asas manusia, namun saya bidas itu dengan berkata bahawa gajah pun lupa, semut pun lupa dan katak pun lupa. Definisi unjuran mereka hanyalah tersasar atas dasar etimologikal, maka kita stick dengan definisi manusia sebagai khalifah. Dalilnya:
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi..." - Qur'an, Surahtul Baqarah, ayat 30
Right after Allah SWT said this, apa yang DiciptaNya? Gajah? T-Rex? Ataukah cimpanzi? Saya tidak tahu kamu, namun sepengetahuan saya, yang diciptaNya selepas itu adalah makhluk bipedal yang punya hati, iman, nafsu dan perasaan; punya kekuatan fizikal dan mental, berakal dan berkuasa, yang dengan kuasanya, diminta untuk menjadi khalifah: manusia. Ya, manusia adalah khalifah.

Sekarang kita renung semula apa yang umat manusia telah lakukan terhadap kewujudan mereka. Dari zaman Habil & Qabil sehinggalah sekarang, satu aktiviti manusia adalah berbunuhan. Saling mencantas demi merebut darjat yang lebih tinggi. Murder is so typical in our kind's existence, as if it is the essence of the latter. And if you're wondering why then, despite our evilry, Tuhan berkeras untuk mencipta kita, senario kita serupa dengan para Malaikat yang mempersoalkan keperluan mencipta kita:
"...Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". - Qur'an, Surahtul Baqarah ayat 30
Orang biasa mungkin melihat ayat ini sebagai suatu ayat yang normal dari Tuhan. But I see an unbelievable ontological resolution to all human's queries about his life; his purpose, his cause of existence, his duty and following obligations, his meaning, his meaningfulness and all sorts of other matters. Tidak percaya, ambil persoalan ini sebagai contoh: "Kenapa kita perlu belajar?"

Banyak jawapan boleh dikemukakan oleh ramai manusia dari banyak bidang. Humanis berkata, untuk menyempurnakan diri; kognitivis berkata, demi mematangkan fikiran, sekaligus membezakan kita dari binatang; behavioris berkata, it simply is out of norm; manakala sekularis dan sosialis berkongsi idea dengan mengklaim, demi menjadi warga yang baik dan berfaedah. Sekarang, cuba tanya "Kenapa?" untuk semua jawapan di atas.

"Kenapa perlu menyempurnakan diri?", "Kenapa perlu membezakan diri kita dari binatang?", "Kenapa norma mendiktasikan 'perlu belajar'?", dan "Kenapa perlu menjadi warga yang baik dan berfaedah?". Sedangkan kalau kita lihat semula, semua di atas menimbulkan lebih banyak konflik rather than just living life. Sekarang, posyen/eliksir ajaib dititikkan sedikit ke dalam larutan persoalan ini. Tukargantikan dengan [2:30]:

(bersambung...)

Comments

Popular Posts