Politik

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Walaupun tugasan masih banyak, saya tidak boleh kawal diri untuk mengeposkan ini.

Bila saya bercakap pasal politik, I can assure you, sayalah yang paling agresif bersuara, dan mungkin juga paling kurang rasional. Dululah. Maka, bila mulut lancar jaa keluarkan kata-kata demi mempertahankan pendirian, banyak hati terluka. Banyak permusuhan terjadi. Malah saya bermusuh dengan saudara, saudari seagama sendiri. Akaun Facebook saya yang lama adalah pedang saya; saya cantas membuta-tuli dengan ilmu sebanyak mana yang saya ada, hati manusia lain. Seperti Kratos di arena perang, dan saya benci diri saya yang dulu.

Jadi dengan penuh rasional saya masuk PAS. Saya mulai berkopiah seperti mana kawan pro-PAS saya yang lain, cuba mendalami apa rasanya menyayangi parti ini (yang memang saya sayang, sebagai saudara). Saya padamkan akaun Facebook lama, saif us-siyasah saya, lalu buat akaun baharu. Ingin hidup mudah tanpa turbulasi politik. Cukuplah saya dan Islam. Hati yang dahulu saya calarkan, harap Tuhan buka ia supaya saya dimaafkan. Pada tangga sedar, saya dongak: apapun ia, saya hanya berharap mati saya husnul khatimah.

Rupanya sampai ke akaun baharu pun, saya masih dikejar. Politik adalah entiti yang zalim dan tidak pernah kenyang. Meluap-luap nampak pos demi pos berupa politik, saya biarkan untuk tidak dibidas. Hati kata, "Sabar Yassin, biarkan mereka", tetapi jiwa memang kecamuk. Tercabar. Rasa mahu keluar PAS semula. Provokasi ini tidak henti-henti. Jalan mana lagi perlu saya ambil?

Berhentilah siksa saya. I just wanna live normally, quitting this violent game. Berilah saya peluang untuk bernafas dingin, bukan panas dengan amarah. Ya saya iktiraf kebebasan bersuara, tapi saya harap selagi masih tiada keperluan, jangan diungkit. Kalau sesiapa masih mahu berbicara isu politik dengan saya, sila bersemuka (bukan semestinya berdebat). Ikut cara Abang Ikram dan Kak Najwa dalam bersuara. 

Sekali lagi, silalah berhenti, ya. Kamu tidak akan faham sakitnya. Seriously.

Comments

Popular Posts