Berdebur

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Budak kecil itu menoleh ke kiri dan ke kanan. Dijenguknya telaga. Senja semakin memakan hari, pertarungan siang dan malam sedang gempar bertemasya, meskipun dalam kesenyapan dunia yang sedang berzikrullah. Si budak yang masih belum mengerti itu semua masih lagi memanjang-manjang lehernya, kemudian menjeda dan menjenguk ke dalam telaga yang sedang ternganga di depannya.

Katak berwarna kuning tua yang sedari tadi diperhatinya masih degil bertenggek pada dahan kayu yang tersembul keluar dari rekahan dinding telaga. Lalu, untuk kali ketiga, dibuangnya timba. Motifnya supaya katak tadi terkena timba yang jatuh dan termasuk ke dalam timba tadi. Setelah itu, bolehlah dia menarik semula timba tadi dan mendapat katak kuning tua itu. Disimpan jadi koleksi.

Bunyi air berdebur kuat. Kedengaran tali nilon bergesel dengan sesuatu seperti simen untuk beberapa saat selepas itu, sebelum satu lagi deburan kedengaran. Perkara yang sama berulang untuk beberapa kali.

Si ibu yang sarat mengandung anak ketiga sedang berbual dengan jirannya, apabila suatu lagi deburan kedengaran. Kali ini bunyinya sedikit kuat berbanding sebelumnya. Entah kenapa jawapan "Nangka jatuh" terlintas di fikirannya. Dia langsung menoleh ke perigi tempat anaknya yang kedua bermain. Kelihatan hanya sepasang selipar jepun di tepi pagar perigi.

Jirannya entah ke mana selepas ini, tapi, si ibu dengan perutnya yang boyot berlari sekuat hati. Dilihatnya anaknya sedang terkapai-kapai antara tenggelam timbul. Dia menjerit meminta pertolongan, namun memandangkan ketika itu sudah malam, maka tiada siapa yang lalu di situ. Air matanya berlarian pada pipi, takut itulah kali terakhir dia melihat anaknya itu. Lalu dia bertekad.

Dia menyeka air mata. Lalu dipanjatnya dinding telaga. Biarlah kalau kedua-dua mereka tidak keluar dari perigi tersebut; biarlah ia dihantui oleh mereka (penulis rasa sebak. Besarnya pengorbanan si ibu). Si ibu menyelak kain kembannya, dan sebelum sempat dia terjun, seorang pemuda datang menyelamatkan.

Comments

NadJoliey said…
Aww..

Ko kumpul katak rupanya masa kecil.. Hurm. Sy kumpul siput kecil warna hitam dalam longkang. HAHHAHAHAHA.
Anonymous said…
ibu sambg ya...dan mlm itu,bersama kesuraman cahaya lilin,ibu bckn surah yassin untukmu,takut2 semangatmu tengelam,hilang ditelan perigi..ko pandang uka ibu,dan katakan..sama ngan nama ku bu...yaAllah,aku mhn kepadamu dengan seluruh kasih sayang ku,untuk semua anak2 ku lindungilah mereka daripada segala takdir yang menakutkan...semoga tkdir hidup mereka di atas landasan kasih sayangmu...aamiin
Sven Medyona said…
Aamiin...

Semoga ibu pun, sentiasa berada dalam rahmat dan kasih-sayangNya :)

Popular Posts