Hodoh

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Selalu apabila saya melihat pada cermin, pada manusia yang sedang berdiri di dalamnya; saya berasa berdosa. Kenapalah dia terlalu hodoh? Kenapalah dia tidak sekacak lelaki lain di dunia ini? Kenapalah wajahnya ditumbuhi jerawat dna jeragat yang menambahkan lagi aura kehodohannya? Seringkali saya turut berdoa, agar diberikan kekuatan untuk terus memakai masquerade ini, berpura-pura menikmati rentak tari hidup. Kerana saya jauh lebih mengerti apa kesudahannya setelah keraian berhenti:- saya akan berlari jauh dari manusia, menangis.

Mungkin babak sebegini agak alien bagi kamu, tetapi percayalah; ia adalah antara babak yang paling selalu saya terjebak dalamnya. Sehingga kini fantasi itu selalu kunjung tiba, saja jaa mahu mengusik halusnya perasaan saya. Mahu tidak dilayan, saya tidak boleh. Maka terpaksalah saya telan liur dan berhadap semuka. Senjata saya: kesyukuran, ketakwaan dan berserah pada takdir. Pun begitu, hasutan itu terlalu bingit untuk tidak diberi perhatian. Saya kalah.

Di seluruh dunia saya mencari resolusi. Kenapa Tuhan menciptakan saya tidak seindah manusia lain. Of course-lah, sepanjang perjalanan saya dikerling rendah (ataukah itu cuma perasaan?). Saya tidak terus menemukan jawapan yang padan, tetapi akhirnya saya akur, walau betapa keraspun saya mencari penyelesaian terhadap nasib diri, satu kekal; ianya tidak mungkin dapat diubah.

Suatu hari saya melihat kawan saya sedang dikerumuni wanita-wanita bertubuh menggiurkan. Mesti seronok menjadi dia. Namun apabila saya berfikir jauh hingga ke tebing akhirat, barulah saya nampak rasional diri saya begini; mungkin kerana diri saya ini kalau diciptakan indah, tidak mampu menolak pelawaan para dara yang meminati saya.

Dengan wajah yang begini juga, saya tidak perlu risau untuk mengguris hati mana-mana wanita. Mereka tidak mengharapkan apa-apa dari saya, dan saya pula tidak akan rasa terhutang pesona dengannya. 0 - 0. Maka dari situ saya kurangkah sudah bersujud meminta diperelokkan rupa. Cuma sesekali saya tidak mampu mengempang naluri, saya tetap berdoa juga.

Apapun, saya bangga menjadi hodoh. Tak perlu berfikir pasal manusia lain; cukup kita, kerjaya dan keluarga. Well, for the time being~

Comments

zudien said…
Bha...at least kau diciptakan lengkap, ada mata untuk lihat bagaimana Allah ciptakan kau...
Lengkap anggota...malah dikurniakan dengan akal yang bijak. 'Beauty is something but not everything'.
relllyn39s@yahoo.com said…
bersyukur apa adanya..setiap kejadian punya rahsia yang indah...
hetty said…

Hey, dalam 'kehodohan' yang kau kata itu, saya yakin, masih punya mata juga yang kata handsome.

Bukan kah semua ciptaan Allah itu indah dan sempurna ? :)


P/s : Hensem personality jauh lebih hensem dari hensem rupa bhaii :P

Sven Medyona said…
Ada garis halus pemisah antara realiti dan indah nasihat manusia. Saya bangga ada orang-orang seperti ibu dan kawan-kawan yang sudi memujuk saya. Hahaha.

Bagi saya, keindahan diri-sendiri hanya mampu disyukuri sebaiknya apabila kita menyedari kekurangan diri.

So, biarkan saya sebentar. Merenung diri-sendiri. InshaAllah saya tidak akan menyimpang dari agama. Amin~

Popular Posts