Dua Masalah

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Segala puji bagi Allah SWT.  Awal pagi tadi, Dia bagi saya chance untuk menghadiri sebuah ceramah yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM) bertajuk 'Strategic Change Agenda for the Muslim Ummah', disampaikan oleh Al-Fadhil Syeikh Dr Tareq Mohammed Al-Suwaidan. In before, saya kagum dengan peribadi penceramah ini: dia pemegang PhD, tapi berjubah. Jambang menebal, dan senyuman... PERGH! Macam duduk di bawah pokok ketapang, I friggin swear. Beliau kepala Ikhwanul Muslimin di Kuwait, dan mudah cakap; beliau sangat terkenal dengan keberkesanan pertuturannya. Bangga gila dapat bersalaman dengan beliau. Selepas program tamat, saya kembali ke kereta untuk pulang sambil merenung tangan yang menyalamnya tadi. Untung kau, tangan.

Isi

Isi syarahan beliau 600 slaid banyaknya, tapi dipendekkan kepada beberapa belas saja. Yang beliau sampaikan adalah cara-cara bagaimana Islam boleh dibangkitka semula. Beliau menyenaraikan cabaran dan halangan bagi melaksanakan ia, kekuatan yang ada pada ummat ini dan solusi-solusi kepada masalah-masalah yang dihadapi umat kini. Seperti biasa, bukan isinya yang saya ingin kongsikan, tapi refleksi saya terhadap keseluruhan perkara.

Selepas mendengar syarahan beliau, saya mulai menimbang tara perkara-perkara sebenar yang menyebabkan kejatuhan ummat yang hebat ini. Cuba tanya diri, kita khairu ummah, jadi kenapa kita ketinggalan? Kenapa kita tersisih? Mendalami persoalan ini, saya temukan dua permasalahan (satu, saya tidak ingat), yang mana, akan saya bincangkan rasional bagaimana permasalahan ini boleh membawa kepada kehancuran ummah.

Tidak menutup aurat: Mungkin bagi kebanyakan manusia, ini adalah persoalan remeh. Apa kaitan kemajuan dan kebangkitan dengan berpakaian? You see, menutup aurat adalah identiti setiap Muslim, be it sisters or brothers. Tanpa menutup aurat, sukar untuk membezakan diri kita dari mereka yang berlainan agama. Calar dalam pengamalan ini akan sedikit demi sedikit mengangkat rahmat dan barakah Tuhan jauh dari kita.

Berkenaan dengan 'kejayaan', sebagai Muslim kita perlu faham konsepnya dari kaca mata Islam. Dalam Islam, 'kejayaan' bukan bermaksud 'berapa banyak medal', atau 'berapa banyak keuntungan'- ini belakang kira. 'Kejayaan' sebenar ada tiga; kita menjadi dekat kepada Islam dan Allah SWT melalui rahmatNya, orang lain menjadi dekat kepada Islam, dan wujud suasana di mana semua manusia berasa selesa denganmu (berkonsepkan teori hablumminallah wa hablumminannaas wa hablumminal bayyin").

Golongan Muslim yang membuka aurat tanpa sebab-sebab darurah adalah fasiq. Mereka mengimani 24:30-31, namun tindakan mereka langsung terpesong jauh. Tsumma saya bertanya; apakah dustur kamu dalam hidup, sebenarnya? Membuka aurat semasa beriadah mungkin tidak akan memberi kesan praktikal, mungkin saja kita berjaya merangkul ratusan medal dan piala, namun adakah ia memenuhi kriteria sebuah kejayaan di atas? Tidak! Maka jika tidak menyebabkan turunnya rahmatullah, apakah kita mampu berjaya?

Kejayaan kita malah dinisbahkan kepada kelonggaran kita dalam mengamalkan agama sendiri. Secara inferensnya, kita menyatakan Islam membendung manusia dari mencapai kejayaan. Tunjukkan bahawa di sebalik hijab, di sebalik pakaian yang menutupi aurat, kita adalah pencabar sebenar. Yakinkan masharakat bahawa Islam adalah pilihan yang terbaik.

Tidak bersikap: Umat Islam kini bukanlah bersikap negatif atas positif, tetapi tidak bersikap langsung. Jika dunia ini lautan zarah-zarah bercas, kita adalah zarah neutron; tidak mempunyai 'sikap' terhadap kebaikan dan keburukan. Kita tidak menyokong mana-mana, demi kerana adat menjaga tepi kain masing-masing. Dan - seperti sarana Dr Faisal Tehrani - kalaupun kita bertindak balas terhadap sesuatu perkara, ianya masih tidak bersikap; ianya buru-buru.

Apabila wayang 'Innocence of Muslims' tersebar di Internet, ramai mengamuk. Di Bahrain, sampai ada diplomat yang terbunuh. Tindak balas ini kebanyakannya hasil tidak bersikap. Mereka tidak meletakkan apa-apa radas untuk menjustifikasikan perbuatan mereka. Mereka sekadar menjerit "Keranamu, ya Rasulullah !". Little that they know, kalau Rasulullah SAW masih hidup, pasti dihududnya mereka yang membunuh diplomat Amerika. Kerana sikap Baginda adalah sabar, sikap baginda adalah matang dan sikap baginda SAW adalah penuh hikmah.

Rusuhan yang berlaku di seluruh dunia tercetus hanya atas dua sebab; sekadar mengikuti apa yang orang ramai perbuat atau kerana malas meletakkan sikap. Siapa boleh jamin, dalam jutaan yang berdemonstrasi, 90% mendatangi surau ketika azan memanggil? Bukankah kita sendiri pemusnah sunnahnya? Kenapa tidak dibunuh saja diri kita, kalau mempersenda sunnah hukumnya bunuh sebagaimana terbunuhnya rakyat Amerika oleh saudara kita?

Sikap Dr Tareq adalah beliau tidak menghiraukannya. Hujah beliau, Rasulullah SAW dahulu digelar dengan gelaran yang banyak:- penipu, gila, penyair, pereka cerita- namun sekali pun tidak pernah baginda mengerah Para Sahabat untuk memburu sipenggelar. Membuat muka benci pun, tidak. Kerana baginda tahu mengutamakan dakwah ketimbang reputasi diri-sendiri. Bagi baginda SAW, apapun tidak boleh mendahului dakwah. Sekarang bagitahu saya, apakah tindak merusuhi 'Innocence of Muslims' membawa kebaikan kepada jalan dakwah?

Contoh lain yang mudah adalah 'Resident Evil: Retribution'. Zombies itu; adakah mereka bersikap? Tidak, kerana mereka sekadar menurut nafsu. Tanpa sikap, mustahil berlaku pembelajaran. Dan tanpa pembelajaran, mustahil berlaku kemajuan. Dengan meletakkan sikap, kita sentiasa sedar di mana dan apa keperluan kita wujud. InshaAllah~

Kesimpulan

Ubat kepada kejatuhan ummah menurut Dr Tareq adalah fikrah dan kepimpinan yang betul dan lurus. Dalam konteks lebih mudah dan setara dengan kita sebagai masyarakat, bagi saya ubatnya adalah pensikapan pada persoalan-persoalan dan menutup aurat. Percayalah, demi Allah, janjiNya benar. Cubalah sekali.

Comments

Popular Posts