Jodoh
ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH
Saya selalu bertanya benda-benda yang orang lain tidak akan terfikir untuk tanya. Seperti contoh; "Apakah kumbang pun telah ditentukan jodohnya?". Dalam kebanyakan kes, soalan-soalan pelik sebegini saya sendiri tidak mampu jawab and believe it or not, itu yang buat saya rasa puas.
Satu soalan yang turut terpacul dari otak yang "geliga" neh adalah berkenaan jodoh. Yah, lucu untuk seorang lelaki yang tidak pernah mengalami perasaan tersebut bercerita hal-hal romantis. Tetapi tidak semestinya ia harus diceritakan sesuatu dari sudut itu sahaja. Kita ada dari sudut persepsi sendiri dan pengetahuan. Dan saya prefer persepsi.
Jodoh??
Saya jarang (ndataulah, pernahkah?) memikirkan akan jodoh saya. Bagaimana rupa dia, bagaimana perangai dia dan dari mana dia? Tidak masuk akal memikirkan benda-benda sedemikian. Tetapi saya dapat merasakan hal inilah yang menyebabkan perasaan saya terhadap perempuan 'tumpul'. 'Tumpul' in a sense that, saya sangat sukar untuk berperasaan dengan mereka; saya layan mereka sama dengan lelaki (tapi batas aurat tetap saya pelihara).
Jodoh pada saya adalah ketetapan. Kau gunalah ejen cari jodoh manapun, kalau Yuna jodoh kau, maka Yuna jugalah (saya hanya boleh bermimpi). Jadinya kalau ia ketetapan, kenapa mencari? Kenapa perlu terhegeh-hegeh berkejaran mengikut bayang wanita yang diidamkan? Oleh itu, saya tidak berapa sokong pendapat yang menyatakan bahawa jodoh perlu dikejar.
Akan tetapi, ini berlawanan pula dengan diri saya yang satu lagi; perjuangkan cintamu. Bagi saya, tidka layak seseorang itu mendapat cinta seorang yang lain jika dia tidak berjuang. Perit getir berjuang itu malas saya mahu ulas; namun saya percaya bahawa Tuhan berikan jodoh yang selayaknya kita.
Persoalannya: kalau jodoh kita diberikan berdasarkan kelayakan, bukankah itu menunjukkan bahawa jodoh kita ditentukan oleh sikap dan bukan ketetapan dari awal? Andai ianya ketetapan, maka bukankah mereka yang jahat, walau bagaimanapun jahatnya dia akan mendapat wanita cantik yang mungkin jauh beza perangai dari dia atas alasan sudah ditetapkan? Lihat, sekali lagi dilema.
Sebab inilah saya malas berceloteh panjang pasal perkahwinan dengan siapapun. Kerana ianya timbulkan lebih banyak persoalan dari jawapan. Sementelahan menunggu 'dia' (you-know-who) datang, saya akan berusaha menjadi lebih baik. OKlah, selamat petang.
Comments