Apa Maksud Menjadi Manusia (II)

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Sebelum Menyambung penulisan sebelum ini, izinkan saya untuk clarify satu perkara; sampailah saya menulis ayat ini, saya langsung tidak mempunyai keinginan, kemahuan, kehendak, keperluan atau apa-apalah yang kamu panggil- dalam berkahwin apatah lagi ber-couple. Saya belum temukan wanita idaman saya, 'Fatimah' saya. Saya akan tunggu, dan tidak akan pandang wanita lain dengan pandangan untuk berpasangan melainkan ke mata 'Fatimah' saya. And I noticed some of my juniors memiliki beberapa ciri-ciri 'Fatimah' saya but then, no. Semester lima baru cabar diri. Hahaha.

Sambung

Dalam pos sebelum ini, saya bertanyakan sebab kita belajar. Behaviorisme, humanisme, sosialisme, sekularisme, kognitivisme; tiada satupun boleh menjawab  dengan jawapan objektif dan firm. Semuanya digantung sama ada pada idealisme atau retorika pemikiran. Bila ditanya "Kenapa?" untuk jawap setiap satunya, mereka hanya boleh berikan kesenyapan.

Saya juga menyebut bahawa [2:30] mempunyai jawapan kepada persoalan ini. Saya mendakwa bahawa ayat ini adalah pencabar terbagus semua falsafah ontologi-eksistensialisme di dunia kerana kualitinya dalam memberikan jawapan yang objektif serta desisif, bukan sekadar pada pemikiran-pemikiran yang berubah.

Bagaimana [2:30] boleh menjawab persoalan-persoalan saya?

Islam dan Al-Qur'an tidak pernah menolak bibit-bibit kebenaran yang terselit dalam ajaran semua teori pembelajaran yang telah saya sebutkan. Begitu juga dengan ayat suci ini- ia tidak menghapuskan keberkesanan semua teori tercakap, tetapi memberikan suatu jalan pengamanan yang sememangnya Barat sangat dahagakan, dengan mencampur semua falsafah dengan kadar dan peratusan tertentu. Mari saya demonstrasikan: Allah SWT mencipta kita untuk menjadi khalifah. 

Bagaimana untuk mentadbir alam? Mesti ada ilmu berkenaan perkara yang ingin ditadbir. Maka Muslim yang sedar tugasnya adalah naturalistik; dia saintis yang mempunyai literasi saintifik yang tinggi, demi membolehkan dia melihat segalaSelain itu, dia perlu sedar keupayaan dirinya, perlu sedar bahawa kewujudannya bukan atas makna sifar tetapi atas suatu misi. Ini menjawap persoalan humanistik, iaitu teori yang menyatakan bahawa manusia belajar untuk menyempurnakan diri dengan memlihara nilai asalnya.

Mengingatkan bahawa bapa humanisme, J. Jacques Rousseau berkata bahawa manusia asalnya sempurna, namun dikotori kemajuan, I find it wonderful to see that it is synchronal with Islamic understanding of existence. Dalam Islam, lahir-lahir saja, kita sudah sempurna. Namun proses membesar, dan menggunakan peluang hiduplah yang menentukan sama ada kesempurnaan kita terjaga atau tidak. Indahnya Allah SWT berfirman dalam dua ayat yang senada:
"(Yang) Mencipta dengan kesempurnaan."
-Qur'an: Surah al-A'laa, ayat 2
"Sesungguhnya Kami Menciptakan kamu manusia dengan sebaik-baik kejadian"  
-Qur'an: Surah at-Tiin, ayat 4
Memandangkan untuk mentadbir perlukan ilmu, maka belajar adalah penting. Ia sangat esensial, manusia wajib untuk melalui proses ini. Di sini, kuasa Tuhan sekali lagi berdansa pada realiti. Tuhan Tahu manusia wajib belajar, maka diwahyukan Rasulullah SAW untuk bersabda, "Mencari ilmu itu wajib untuk Muslimin dan Muslimat" [HR Ibn Abdil Bari]. Selain itu, ditanamNya dalam diri manusia sifat selesa terhadap ilmu. Cuba bayangkan kamu berjaya selesaikan soalan yang kamu tidak boleh selesaikan sebelum ini; seronok, kan? Allah SWT Ciptakan sistem peneguhan positif ini dalam diri manusia supaya manusia suka belajar. Maka Islam turut diterapkan oleh Tuhan nilai-nilai behaviorisme di mana dengannya manusia sentiasa secara normatifnya suka mencari ilmu.

Kognitivis pula mendakwa bahawa pembelajaran mematangkan fikiran dan membezakan kita dari haiwan. Dalam dua perenggan di atas, saya telah tunjukkan bahawa belajar adalah wajib untuk semua manusia demi menyempurnakan erti kewujudannya, dan pembelajaran hanya akan berlaku dengan penggunaan akal. Hanya dengan sentiasa bergerak untuk menjadi khalifah, maka seseorang akan mengekalkan kesempurnaannya. Perhatikanlah bahawa betapa ini turut selari dengan Islam, sekali lagi:
"Kemudian Kami letakkan dia (manusia) pada kedudukan terendah [5]. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh; bagi mereka ganjaran yang tidak putus-putus [6]". -Qur'an: Surah at-Tiin, ayat 5-6
Saudar-saudari sekalian, kalaulah semua manusia mengikuti Pelan Tuhan ini, Strategi Khalifisme ini, mungkinkah akan ada korupsi? Mungkinkah masyarakat mundur dan mungkin negara hancur? Cukup dengan argumen ini, nilai-nilai perkongsian bersama, nilai-nilai kontrak sosial nampak sangat yang dijunjung sekularis/komunis/sosialis tercapai juga, bukan?

Lihat tidak, maksud sebenar menjadi manusia dalam Islam adalah bersamaan dengan penunaian tuntutan-tuntutan lima teori pembelajaran? Bagaimana epistemologi Islamiyyah jauh lebih unggul berbanding falsafah berserabut manusia?

Menyimpulkan maksud menjadi manusia, saya boleh kata: ya, untuk menjadi khalifah. Yang selalu belajar, yang selalu sedar dengan persekitaran. Ilmu menjadikan kita lebih sensitif, serta membuatkan manusia hilang malas (hahaha, terasa diri-sendiri). Wassalaam~

(isi berterabur, akan saya kemaskan petang nanti).

Comments

Popular Posts