Matang

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Haish... sedih tengok kawan sedih. Lagi sedih tengok mereka bersedih tanpa apa-apa rationalé sedangkan mereka sebenarnya baik. No, much better. Cuma terlalu bergantung pada definisi orang untuk kelihatan matang.

Matang/Masak

Mademoiselle Hetty pernah menulis perkara serupa dalam ini. Dia benar, cuma kalau menggunakan perkataan "neither ... nor", model verb "can" tak perlu ditambah "not" sebab ia memang sudah sedia negatif (grammarNazi). Hahahha. Beliau mengatakan bahawa kematangan bukan diukur dari rupa, dari usia. Katanya, kematangan diukur dari sikap, saya petik; 
"Kematangan boleh dilihat dari cara awak kawal hati dan perasaan. Cara awak menangani nafsu (amarah dan sebagainya). Cara awak berkata-kata dengan tuhan. Cara awak membina dan memburu impian." (Hetty, 2012)
Saya ada definisi sendiri, meskipun tidak jauh beza. Bagi saya, kematangan itu adalah suatu pilihan, dan bukan ketentuan pada usia-usia tertentu. Ia hanya terjadi apabila kita mulai menghargai diri kita dan orang yang kita sayang. Apabila kita meletakkan komitmen seratus-peratus pada penghargaan itu, dan melakukan yang terbaik. Bukan tengok berapa biji jerawat di muka, atau berapa dalam suara; tapi berapa serius kamu memandang dunia.

Adalah satu kesilapan apabila kita menganggap mempunyai sikap suka bergurau sebagai suatu tanda ketidakmatangan. Bergurau dengan cara yang betul, tidak keterlaluan dan beradab adalah tanda bahawa kau matang dalam bersosial. And fundamentally, it is a much bigger error to believe that you are matured based on what people see. Orang lain mana ada hak untuk datang kepada kau dan kata, "Hei, tolonglah jadi matang!". Nampak?
Sebab kepada sikap dan bukan sikap itu sendiri yang menjadi cerminan kematangan. Kau pelawak, maka terima dirimu seadanya! Kau suka menari, maka jadilah! Kau minat 'Spongebob Squarepants' dan 'Cat & Dog'? Maka tontonlah! Sebabnya: you're mature enough to make up who you are. Kamu yakin dengan keputusan kamu untuk jadi begini. Apa orang lain kata, bagi jaa metaphorical middle fingers. Hahahaha.
Saya selalu pandang kawan saya yang dulu neh (X, bukan nama sebenar) sebagai seorang yang matang. Dia berfikir banyak pasal masa depannya, tapi masih boleh buat gurauan yang bermakna. Orang lain mungkin tidak melihatnya (dan Nad, ini bukan peer-biased), tapi saya melihat dalam dirinya yang dulu seorang suami, seorang ayah dan seorang manusia yang yakin dengan dirinya. Dan merujuk kepada definisi awal saya (mulai menghargai diri), dia matang sebenarnya.

Orang yang matang juga tahu apa yang dia sedang buat dan kenapa. Dia tahu sasarkan hidup ke arah mana, tanpa ter-efek dengan orang lain. Saya rage bila orang kata dia tak matang. I know him better, dan dia neh memang gemo. Tersihir dengan pengertian orang lain.

Apapun, saya cuma mahu manusia sedar, kematangan berbeza dari "berubah". Dalam kematangan, kita boleh berubah, namun dalam berubah tidak semesti bergerak ke fasa matang. And in your case, ma cheriê; kau memang matang, dan bergerak ke arah perubahan yang agak kurang. Kotttt... sebab kau tak selesa, kan? Feels like not you?

Cuba bayangkan ubi yang sudah direbus dan matang. Adakah ia menjadi pisang? Menjadi lobak? No, it only becomes much stronger and harder to be pushed around. Saya berharap untuk menulis lebih panjang (mungkin ada sekuel), tapi ini sudah terlalu panjang. Wassalaam~

Comments

zudien said…
Thankssssss sven. Rasanya ni mungkin simptom biasa kalau terlampau rindu dgn sumone. Rindu sampai stress jadinya.
hetty said…
Hello, Grammar Nazi. Nice to meet you. :)

Grr !
Anonymous said…
Sama-sama. Kawan bha, kan? I knew and know you. Hahaha :D

-- penulis entri dari laptop Ardie

Popular Posts