Mungkin

I miss the day I can embrace those who I love. Well, distance has brought us apart.
Physically, and not spiritually, hopefully... inshaAllah.
ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Alhamdulillah, seala puji bagiNya Allah, Pemilik sekalian alam. Exhibition pagi tadi (sampai petang) went vry smooth and well. Tahniah kepada Sains I atas pencapaian yang sangat hebat. And thanks to my best friend, Zudien, CEO keseluruhan pameran. Ucapan kau power kowt! Ahahahaha.

As expected, nda banyak yang datang. Ada memang ada, tapi nda seramai yang diharap (baca: dijangka). And the players: they enjoyed our exhibition (saya bercakap relatif terhadap kumpulan saya: penyebaran melalui air). Ada yang nda dapat main, sebab queue panjang sangat. Ramai mau main. Eh, wait~~haha, berlawanan sudah fakta. Biaq pilah.

Topik difokuskan semula.

Despite the merriness, despite the happy-based posts my fellow science bloggers wrote, there are broken hearts (LULZ). Maksud saya: bebanan pameran sirna, ya... tapi dalam betul, saya sudah capai beberapa benda reflektif. Nda pasti  kamu mau dengar atau tak, tapi saya mau jugak cerita. Hell I care about you guys!

Okay, kisahnya begini. Hidup. Apa sebenarnya ia? Saya memulakan entri ini dengan suatu soalan retorik, yang saya mau kamu jawab sendiri. Or you can answer it later, after reading this whole entry. Harap bermanfaat untuk kita semua, sesama manusia. Kitakan pencari kebenaran, kawan-kawan? Maka timbalah ilmu sebanyak mungkin.

Mungkin untuk sesetengah orang, prinsip 'Puteri' dipegang: hidup cuma sekali, dan enjoy. Mungkin ada pulak dengan prinsip pro-Konfusianisme: menjadi manusia. Ada yang berpegang dengan Surahtul Jatsiyah, ayat 56: untuk beribadah kepada Allah. Nda kiralah apa pegangan anda/kamu, percayalah: itu betul. Sebab kamu ada hak untuk diri-sendiri.

For me, berpandukan Surahtul Jatsiyaah ayat 56, saya percaya kehidupan adalah transisi dari satu destinasi ke destinasi lain. Dan seperti mana sifatnya transisi, ia adalah sementara, berkos dan berisiko dan kadang-kadang, melelahkan. Samalah macam mau pergi Times Square guna teksi dan disamun LOL. Kadang-kadang sesak, mak aih. Kita yang jadi pasengger pun penat.

Melodrama hidup jugak menyatakan bahawa falsafah 'ndaktaulah' yang saya pernah sanjung dulu sebagai nda valid. Saya kan, ada unsur Sufistik dulu, pegang kuat-kuat kot. Guna gigi geraham dipautkan diri pada kepercayaan bahawa hidup neh mistisisme.

Dan bukanlah hidup tanpa pemaknaan. You can laugh, you can smile as broad as any men's smile, but you just couldn't hide with the question of: "Why am I here?". Cuba renungkan soalan neh, malam-malam, sebelum tidur. The odds of you falling asleep while shedding tear is high, I tell ya.

Dalam hidup, Saiful Islam kata--dalam hidup maknanya adalah pada memberi. Maka sepanjang perjalanan ke destinasi mutlak kita, buka tingkap 'bas hidup' dan taburkan benih-benih manusia. Syukur saya pendidik, erti hidup ini mudah dilaksanakan. Senanglah masuk syurga =) (inshaAllah)

The idea is, you may not be able to harvest the crops your seeds produced. The idea is, you give someone, something for their life. Itulah makna hidup, membantu hidup lain untuk terus hidup. Kehebatan erti hidup ini sangat luar biasa, banyak penyumbang indirectly use this as their rubric.

Dalam hidup neh, satu lagi yang penting adalah berguru. Find someone you can trust on, learn by/from/with him/her. Agama? Politik? Sosial? Atau gadget-gadget terbaru? Apa-apalah. Jangan jadikan dia panduan, tapi ukuran. Panduan adalah cara ke arah destinasi hidup manakala ukuran adalah skala untuk membanding diri kita dengannya: berapa berjayakah sudah kita. Faham?

Nda semestinya kau datang kepadanya dan bagitau: "Be my teacher". Salah. Kita yang jadi pelajar, dia guru halimunan. Biar dia mendidik/memberikan ukuran pada keadaan candid, atau paling semula jadi. Kalau kau bagitau, bha: mekirayou dia nanti. Terus semua tindakan dikontrol demi kelihatan sempurna (ini saya rasalah). Hahaha. Oh ya, kamceng dengan guru tu. Kalau nampak terus cari jalan lain untuk nda bersapa, baik ndapayah. Kau susahkan diri jaa.

Lastly, ikhlas. Hidupilah hidup neh dengan ikhlas. Kawan, life's too short of a vengeance and deception. Too damn valuable for hatred and disgust, insincerity and menace to not subside. Tolak semua negativiti ke tepi, dan bernafaslah dengan gembira. Ibadah konsistenkan atau lebih baik, tambah. Jangan terlalu kalut dengan benda-benda sia-sia: kamu letakkan definisi diri kamu rendah, kalau begitu. Hehehe. Sahabat, sayang kamu :)

So, sudah jumpa definisi hidup kamu? Bha, berubah!

Comments

Popular Posts