Hari Pertama

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Jangan kita menganggap sesuatu itu sebagai buruk dan menyusahkan, melainkan telah kita letakkan sedaya upaya usaha untuk menjadikan ia baik. Ingat, pembiaran itu lebih zalim dari keburukan itu sendiri, kerana boleh jadi kebejatan itu adalah sesuatu yang semulajadi, sedangkan pembiaran tidak dapat tidak adalah suatu reaksi sedar.

Yang perlu kita perhatikan sebenarnya bukanlah apa yang mendatang, tetapi apa yang kita ada; persediaan kita, reaksi serta tindakan kita. Sememangnya mustahil untuk kita mengawal dunia, namun kita sentiasa berkuasa terhadap diri kita sendiri.

Bila didatangkan dengan amanah pula, maka cubalah menolak sedaya mungkin. Bukan tidakkuat, bukan tidak mahu- tetapi bersebabkan penghormatan akan ketinggian nilai amanah tersebut, serta atas kesedaran zuhud bahawa ada yang lebih layak memegangnya.

Andai tiada yang sanggup, dan kamu terpaksa menjunjung amanah itu, sebolehnya lakukan ia sehingga menghampiri darjat sempurna. Bukan mata manusia sahaja yang menilai, bahkan (ingatlah) mata Raqib dan 'Atid turut memerhati. Ingatlah anak muridku, amanah yang kaujunjung  bermaksud dunia but seseorang.

Aku tidak mahu menyuruh kamu menjadi nabi dan wali, tetapi aku ingin kamu mengikut manhaj mereka. Bukankah mereka dai'e? Lebih penting lagi, bukankah mereka bernafas atas amanah yang teremban?

Kembali kepada persoalan hari pertama, aku mahu menggunakan istilah 'kembali'. Apa pun yang menyergah, jadi rasional dan objektif. Jangan terlalu mudah terprovokasi dengan emosi dan kata-kata manusia. Anggaplah hari-hari sebagai hari pertamamu. Jangan pula pemahaman suci dari dosa yang kau ambil, tetapi ambillah pengertian bahawa seperti hari pertamamu di dunia, kau wujud atas satu amanah. 

Sesuatu yang besar.

Comments

Popular Posts