Misnomer, Cuti, SBE Dan ...

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH
(sebelum kamu baca neh, ketahuilah sesungguhnya saya menuliskan ini dengan penuh rasa stres, sakit dan menderita. Atas banyak sebab yang kebanyakannya peribadi. So, it'd be a very long entry, filled with obscenity and harsh words. Bersedia jalaah melayani sisi saya yang sadis sikit)

Maka, PBS/SBE pun sudah berakhir. banyak mungkin tertunggu-tunggu refleksi dari saya yang kuat mengkritik neh (haha, entah kenapa rasa bangga mendapat gelaran pengkritik). Saya ndamau cakap panjang sebenarnya, tapi memandangkan kerja semakin menekan dan idea melimpah-ruah ke ladang gandum, kamu layan jaalah.

SBE

Kamu taukah apa tu misnomer? Maksudnya adalah penyalahletakan istilah terhadap sesuatu perkara. Untuk SBE atau pengalaman berasaskan sekolah, saya kata ianya suatu bencana misnomer besar. Saya nda setuju dengan cara kita terikat dengan tugasan tertentu bagi menimba pengalaman. Macam membebaskan burung yang terikat pada perdu mangga. Bersusah payah kita mengepak, namun masih terikat pada tradisi.

LOL. Bukan saya mau kata yang saya anarkis. Saya cuma risau dengan pengalaman sendiri yang tidak seberapa, jika dibandingkan dengan segalanya yang saya bayar dan risikokan untuk menjalani ia. Banyak saya dapat, it's undoubted. But when those benefits are compared to the expenses (emotional, physical, psychological expenses, to be detail), it just...

Okaylah, berhenti mengutuk dasar yang sudah termaktub. Teruskan jaa dengan refleksi kendiri. Seorang kawan tanya apakah saya sudah bersedia dengan refleksi dalaman: nah, baca ini (hahaha, sorry kalau terasa geng :P). Atas yang saya tulis tu cuma sipi-sipi buang masa jaa. Maaf kalau sakit hati.

Refleksi SBE

Seriously, banyak benda saya belajar. Tentang handle budak-budak, tentang berkomunikasi dengan komuniti sekolah. Saya sudah semakin berani memohon pendapat dan meminta sumber serta argumentasi berbukti (amboi, macam kuliah falsafah pulak rasanya). Rasanya, saya akan kurang berbasi-basa selepas neh (yet another false promise).

Kanak-kanak: saya telah belajar bahawa untuk membentuk mereka, sentuh aspirasi mereka. Walaupun kita neh bukan siapa-siapa, buat murid-murid percaya yang kita membimbing mereka ke arah mencapai cita-cita dorang. Tanya cita-cita, buat janji. Janji yang apabila kita sudah bersara, kepala penuh uban merata-rata, kita akan melihat mereka dengan uniform kerja mereka. Kalau polis, maka polislah. Kalau bomba, maka bombalah. Mereka akan rasa senang.

Masa SBE, saya tanya beberapa orang murid berkenaan cita-cita mereka. Nampak comel dan vulnerable. Saya offer hugs, semua mintak. Katalah saya pedobear, but I enjoyed it. Looking into their shining, sinless eyes buat saya terfikir mungkin darjat mereka di sisi Tuhan jauh lebih tinggi berbanding saya. Juga, mereka perlukan seseorang untuk memacu impian atau sinonimnya angan-angan.

I think it has something to do with our attachment with them. Masa SBE, rather than using them as a subject of inquiry, kenapa kita nda jadikan diri kita sendiri subjek untuk menguji kebolehan kita membentuk? Kita kan ada belajar dalam Perkembangan Kanak-Kanak pasal benda neh, jadi aplikasikan. Hassan Al-Basri kata, ilmu yang nda diguna ibarat mengangkut kayu api tapi nda menggunakannya. Memberatkan kepala.

Saya bercakap bukan sekadar atas pengalaman SBE tetapi sebagai seorang abang kepada enam adik-beradik. Cuba tanya adik kamu, atau mana budak-budak tentang apa dorang mau jadi bila besar, mesti dorang yang tengah menungging dan berkejaran menjeda sebentar permainan, memikirkan jawapan kepada soalan itu.

Sebab manusia fitrahnya ingin punya destinasi. Setidak matang manapun manusia, jiwa mereka sudah tersisip intuisi untuk punya tujuan. Muda-muda didedahkan dengan persoalan begini berat, sudah tentu dorang akan rasa berat. But at least, that'll make them think a second about their life.

Bercakap pada skop lebih besar dan dinamis, jauhilah persoalan objektif yang mereka belum mau jadi. Contoh: "Kamu mesti jadi baik, jangan jadi jahat!" Itu dia tau, kamu nda perlu ajar. Yang perlu kamu tunjukkan adalah bagaimana praktikalnya perintah itu. Jadi baik dulu!

Juga, kekalkan kuasa diktatorial kamu bila dalam kelas. Jangan biar mereka ambil-alih kelas dengan perbuatan nakal. Kalau mereka nakal, silalah angkat rotan dan pukul sampai berbirat. Hahahaha, gurau. Consult your PKK lecturers. I ain't have authority in this section.

Cuti

Surprisingly, bahagian paling bermanfaat bagi saya sepanjang dua minggu adalah time cuti. Pelik, kan? Hahaha, begitulah Tuhan Mengurus alam. Unik. Masa cuti bagi kebanyakan orang adalah time untuk merehatkan minda dan beriadah bersama keluarga. Saya gunakan ia untuk contemplate diri banyak-banyak. Banyak parts of me which require maintenance. Banyak lagi yang perlu renewal dan re-alignments. Alhamdulillah, saya berjaya capai sesuatu yang sangat best sepanjang seminggu.

It takes nothing to be fully energized but faith.  Or in my tongue, iman. Dengan iman dan takwa, serta akal yang lurus kehendaknya, jangan risau. Segalanya boleh tercapai. Sekarang, saya dalam misi besar-besar sendiri and quoting NadJoliey's tagline: I'm "...on a secret mission". Memandangkan ia nda melibatkan sesiapa tetapi saya dan Tuhan, saya rasa ianya patut dirahsiakan saja. Jaga aib sendiri bha.

Oklah, ini jaa untuk refleksi dua minggu cuti. Oh ya, saya tengok banyak wayang time cuti dalam bas ekspres. Semuanya best: 'Quarantine', 'Pulse', 'Wu Xia' dan 'Kung Fu Dunk'. Cubalah cari wayang-wayang neh dan hayati. Kamu akan berubah pandangan hidup (depends on types of people).

Okaylah, assignments sudah menjerit minta diselesaikan. Dengan semangat baharu, inshaAllah malam neh bersengkang mata lagi (alah, macam nda biasa, kan?). Wallahua'lam. Kbai.

Comments

Popular Posts