Kesempurnaan = Mustahil??

Gambar kostum Halloween di Amerika jaman WWII dulu.
ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Is the font looks too small? Is the song conducive? Hahaha. Turun pulak ilham mau tukar rupa blog, saja jaa, gatal tangan. And a few minutes later: voila! A new, white, fresh and pure scheme. Saya suka putih padankan dengan warna-warna ceria. Nampak cute. Dan kepada yang nda suka rupa baharu neh, haters gonna hate.

Salah-satu benda yang paling membuatkan otak saya berkeringat marah dan mata menjegil merah (hey, rhythm~) adalah line WiFi maktab ketika mana ia mengalami kesesakan trafik yang huru-hara. Kurang ashem betul yang guna line maktab untuk kepentingan individu, hatta untuk tanpa apa-apa kepentingan sekalipun. Mangsanya: orang macho gila babun seperti saya yang cuba menyiapkan assignments yang sememangnya bertindan banyaknya. Curse you, Internet abusers!

Uhm. Balik kepada tujuan topik: kesempurnaan.

Orang selalu kata, manusia neh tiada yang sempurna. Bahkan hukum Fizik sendiri kata tiada sistem tenaga apapun yang lengkap di dunia ini. We're left with this orthodox notion yang sekarang bertukar kepada pendapat yang nda dapat ditolak manusia secara amnya. Malam neh, izinkan saya mencabar pendapat itu, dan menjabarkan suatu pemikiran baru like bawse! Hehe, tutup mulut kau, besar ngangaannya.

Sebelum kita bahasin hal neh, first sekali kita perlu melaksanakan beberapa perkara yang bersangkut-paut dengan subjek. Pertama, saya pilih pelajar sebagai model bahas kerana mereka paling dekat dengan kita, bahkan saya ini sendiri seorang pelajar. So, kita buat spesifikasi idealisme. Kedua, saya senaraikan peranan-peranan pelajar, bersama batas-batas mereka. 

Ketiga, kita bahaskan kesempurnaan penyempurnaan peranan mereka dan efisiensi meski dibatasi batas-batas tadi. Keempat pula, saya akan menandasemak segala peranan nyata pelajar dan setelah itu, barulah langkah kelima menyusul: membuat kesimpulan apakah darjat kesempurnaan itu boleh dicapai. But before that, I'll define what perfection really is. Jika anda sudah bersedia, jum mula.

Peranan pelajar

...adalah untuk belajar. Memandangkan belajar ini umum, mengikut keperluan (pulak), maka ia dikecilkan kepada definisi insan yang dididik agar mampu menilai situasi-situasi sukar. Jean-Jacques Rousseau kata, tujuan pendidikan adalah untuk menjadikan manusia tau menaakul dan me-reason benda. By then, pelajar yang berjaya adalah yang mampu menaakul. The thing is, pelajar = belajar.

Pelajar jugak manusia. Maka sebagai manusia, mereka ndakkan lari dari masalah. Sentiasa akan ada cabaran dalam hidup mereka. Kemiskinan, kesukaran mata pelajaran, buli dan kecacatan, dan sebagainya. And there're internal defects, namely: low IQ level, social skill lacking, et cetera, et cetera.

Pergi kepada definisi 'sempurna', this is my own: kesempurnaan adalah keadaan di mana sesuatu/seseorang memenuhi ciri-ciri ideal yang ia patut ada. Seperti yang tersenarai di atas: belajar, bermasalah, mampu menaakul dan dididik adalah ciri ideal seorang pelajar. Maka, kesempurnaan itu boleh tercapai.

Wait, Sven... masalah tu ciri ideal seorang pelajar??

Ya. Masalah diambil dari Bahasa Arab, 'masa'il' atau 'soalan'. Mempunyai masalah/persoalan adalah ciri ideal manusia, kerana ia akan sentiasa menunjuk ke arah penyelesaian dan kebenaran. Masalah akan cenderung menunjukkan manusia akan kebenaran (Tuhan yang Sempurna). Thus, students are ideal and at the same time, perfect.

Tapi jangan salah andaian mengenai saya. Kesempurnaan yang saya tunjukkan adalah kesempurnaan sebagai pelajar. Ada banyak lagi; kesempurnaan sebagai manusia, sebagai pemimpin, sebagai ibu atau ayah dan seterusnya. Untuk menjustifikasikan manusia sempurna, hanya Para Nabi a.s jaa. And to justify a Perfect being: this is what's impossible. Hope this answers =)

Comments

Popular Posts