Kekosongan

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH
Tugasan masih lagi bertimbun, walaupun separuh sudah diserahkan kepada pensyarah. Malam neh akan berusaha menghabiskan baki laporan praktikal 2 yang tertangguh. Sepatutnya hari neh dateline, tapi Puan Haslina adalah seorang penyelaras kursus yang bermurah hati. Dia bagi tunda.

Kosong adalah peluang

Entah bagaimana, saya suka sangat jadi papa dan nda punya apa-apa. It all boils down to the question of me, having the tendency to be loved by God (pelik, kan? Rasa cinta pada Tuhan memang pelik). Saya selalu ingin dekat dengan Dia, supaya jalan hidup saya selalu menuju ke Syurga. Walaupun belum bersedia untuk mengorbankan slot hiburan dari hidup saya, jalanNya selalu saya harap sebagai jalan yang sedang saya gunakan.

Sebagai manusia, memang nda dapat lari juga dari dosa. Ada ketika, nafsu bergejolak tinggi sedikit berbanding ketahanan iman, maka zunub dilakukan. Tapi Tuhan faham fitrah manusia ini, Dia buka pintu taubat setiap masa, sehinggalah nafiri ditiup. Dia selalu tunjukkan kekuasaanNya di mana-mana, asal saja manusia kembali kepadanya.

Saya yang selalu merasakan dinginnya peluk rahmat Tuhan punya cara sendiri untuk mendekatiNya. Saya kadang-kadang minta di'ambil balik' cepat dan ada masa-masa saya minta agar kesusahan datang. Kerana bila senang, saya nda punya sebab untuk menggantungkan harap kepadaNya. Bila susah, Dialah  menjadi kaunter aduan selalu.

Saya pernah tulis di Facebook bahawa kekayaan suatu hari nanti akan jadi faktor kemiskinan jiwa manusia. Mereka boleh bersuka-ria dengan gajet pelbagai, dengan kemeriahan peranti Android, Symbian dan apa-apalah. Nampak gembira, tetapi kamu ketahuilah, ada sebilangan dari mereka kekosongan.

Gelak ketawa mereka hanya akan bergema ke dalam diri yang polos ruangnya, dan gema itu akan menghilang. Kekosongan mereka sukar untuk dihapuskan, hatta dengan game Angry Bird sekalipun (metafora yang sangat best dari saya).

Jangan pernah kata kemiskinan dan kekurangan itu punca hidup nda bahagia. Saya neh, biar masalah banyak bertimpa (believe me, my problems are endless). saya bahagia. Punya ibu bapa, adik-beradik dan kawan yang mendengar dan yang paling penting saya punya Tuhan. Kadang-kala, bila kesukaran dan tekanan bertimpa, saya tersenyum sendiri. Sekali lagi, saya mempunyai asalan untuk bersimpuh di depanNya, meminta.

Rasa itu amat indah.

Comments

Popular Posts