Teruskan Menulis

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

  • Filsafah Bertuhan: Metodologi Pemerintahan Terbaik
  • The Case of Judith Coulson
  • A Day of My Dream
  • Luth
  • Untuk Tahun 2012
  • Kenapa Saya Percaya (I)
  • Semua Yang Ada
  • Monoloque
Yang saya sebutkan di atas adalah sebahagian karya saya yang tertunda, belum disiapkan. Entah kenapa saya tundakan. Di fikiran banya sudah bergumal susun atur plot:- saya sangat dambakan kesemua yang tersenarai di atas dapat saya realisasikan. Banyak lagi yang tertangguh, saya tidak dapat mengingat kesemuanya.

Wawasan

Yang saya kurang bila menulis adalah determinasi. Selalu terjadi, idea datang menerjah dan langsung saya mngambil pen mengujarkan deraf. Untuk novel 'Luth', sudah lengkap jalan cerita, bahkan sudah sampai ke bab dua. Hehehe, macam bongkak pula -.-"

Lamaran dari syarikat ada: dalam dua, tiga buah. LOL. Saya terlalu malas, terlalu rendah morale untuk menyahut cabaran. Sekali lagi, tertolak peluang. Pintu rezeki, terbuang sia-sia. Saya hanya mampu merenguti diri-sendiri atas kejahilan itu. Uhm. Balik kepada entri.

Wawasan saya sepanjang saya hidup adalah untuk menghasilkan sekurang-kurangnya tiga buah buku: satu kompilasi cerpen, satu antologi puisi dan satu lagi novel. Perih ke arah itu memang dalam, sekarang ini pun saya sudah terbayang.

Sudahlah, malas pula menulis.

(mengeluh perlahan)

Comments

Han Neesa said…
saya berharap saya mempunyai bakat seperti awak sehingga mampu menulis novel (atau sekurang-kurangnya menulis draf novel).

walau bagaimanapun, saya sangat berharap novel awak akan menjadi kenyataan kerana saya juga ingin membaca hasil karya rakan saya sendiri :D

(saya tulis ulasan ini dalam bahasa melayu kerana tampak lebih sesuai dengan blog awak yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantara, walaupun saya terasa sedikit janggal :P)
Sven Medyona said…
InshaAllah, akan dilengkapkan. Mahu menyumbang sesuatu kepada dunia, senaskah novel pun, jadilah :P

LOL. Jangan rasa janggal. Kalau rasa tidak selesa, tinggalkan. Saya terima kok~

Hey, you're a great blogger, BTW. And this complement is not because I'm your friend. Seriously.

Popular Posts