Kesederhanaan Melayu

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Tadi ke Tesco, ternampak deretan bengkel dan kedai-kedai komersial berjejer di sepanjang jalan. Tiba-tiba terlintas sesuatu di fikiran saya, lantaran menyaksikan dominasi orang bukan Melayu terhadap industrial economy di situ. Kalau kita lihat carta usahawan berjaya, tidakkah kita tertanya-tanya mengapa - meskipun bumi ini bumi mereka - orang lain yang menguasai ikhtisasnya? Agak sensitif isu ini, namun saya tahu bertapis kata, jangan risau. I have this under control.

Terlintas
Satu saja jawapan yang terlintas di fikiran saya: etika. Kalau Syed Akbar, pengeblog OutSyedTheBox kata religious stereotype punca kemunduran umat Islam di Malaysia, saya angguk. Saya setuju, namun bukan untuk semua tempat. Biasalah berfikir, ada saja yang tidak bersetuju. Ianya sihat, tahu.

Apapun, saya tidak melihat kemandulan orang Melayu sebagai suatu perkara yang patut dibimbangkan betul. Bahkan saya lebih bimbang jika mereka mempunyai dominasi besar-besaran terhadap  ekonomi negara. Ini bukan sarkastik, saya ada hujah. See, negara ini mahu tiak mahu terpaksa beriktikadkan sistem Barat dalam ekonomi.

Alasannya kerana sistem ekonomi mereka telah menjadi kebiasaan atau adat. Usaha untuk merombaknya secara mengejut sudah tentu akan memusnahkan ekonomi kita. Oleh itu, tindakan Islamisasi ekonomi harus gradual. Sedangkan Tuhan sendiri menggunakan pendekatan beransur-ansur dalam mengharamkan khamar. Bekas musuh ketat Islam, Boris Joseph berkata:
"Islamic finance is contributing to the economy by changing the way Londoners invest, save, borrow and spend..."
Sistem ekonomi Barat berbahaya kerana ia berupaya menghasilkan suatu lapisan masyarakat materialistik. Adanya golongan proletariat, bangsawan dan golongan kapitalis. Keupayaan berfikir dalam merebut peluang dijadikan modal. Maka, yang tidak berkemahiran melihat peluang ini, apalagi yang tidak punya keupayaan akan ketinggalan. 

Saya bukanlah savant sangat dalam ekonomi mahupun sejarah negara. Tapi saya tahu dalam sejarah, dapat dilihat bahawa golongan Kolonialis telah berjaya memecah-belahkan negara kita secara rasial. Seingat saya, buku Tingkatan Lima yang menceritakan bagaimana orang India diupah bekerja di ladang-ladang, orang Melayu di bendang, manakala orang Cina di lombong batu-batuan.

Menyedari bahawa keMelayuan biasanya ipso facto agama Islam, maka dapat disedari bahawa Muslim hanya berkuasa di bendang berpanas berhujan bertunggang kerbau. Orang Cina di lombong, buat kongsi gelap untuk pelihara kepentingan kumpulan mereka seperti Ghee Hin dan Hai San. Manakala, orang India di ladang, dengan teknik tulang ikan hering menoreh getah.

Apabila diajukan fakta sejarah ini, saya percaya ada yang berang, mungkin. "Kamu rasis!", "Kamu provocateur!", dan banyak lagi tohmahan kreatif. Saya kata, kamu buta sejarah. Apa salahnya kalau orang India di ladang, orang Melayu di bendang dan orang Cina di lombong? Tiada! Bukankah itu menunjukkan bahawa tiga rumpun ini sama penting dalam membina dunia Nusantara ini? Bahkan kamulah yang teruk, melihat darjat pada tingkat ekonomi. See? How the Western had successfully embedded materialism in our worldview?

Berbalik
Jadi, apa koherensi ringkasan sejarah ini dengan pendapat saya berkenaan kesederhanaan orang Melayu dalam ekonomi dan tidak 'berupaya' menguasai ekonomi by quota? Mudah. Ini kerana sifat orang Melayu yang tidak menggunakan jalan ringkas untuk meraih kejayaan. Orang Melayu kuat berderma pada jiran, pada orang-orang miskin. Orang Melayu suka cara hidup biasa-biasa, tidak mewah asal bahagia. Ibu saya seharian asyik memikirkan apa yang perlu disuapkan ke mulut anak-anaknya: jarnag mendengar dia memujuk ayah membeli emas.

Orang Melayu, adatnya biar sikit asal halal. Mereka suka mengejar rahmah, mementingkan kualiti ruhaniah rezeki, bukan kuantitinya. Orang Melayu kita kurang kompeten bukan kerana mereka tidak mampu. Buktinya, W. G. Shellabear kata apa:
“Hamba dengar ada hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Goa; barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, dan boleh diingatkannya oleh segala mereka itu, syahdan adalah beroleh faedah ia daripadanya.”  (W.G. Shellabear, 1977, hal. 2).
Jadi orang Melayu, jangan risau kalau kamu berada di pertengahan garisan mewah dan miskin. Kamu zuhud, kamu tidak pentingkan harta. Bagi kamu, cara hidup dan bahagia yang terlampir di dalamnya bukan terjual-gadai mudah dengan harta. Bersyukurlah pada Tuhan, kerana Dia suntikkan darah rendah diri dalam diri kamu. Namun, jangan pula terlalu selamba dadah. Usaha perlu terus juga, supaya bangsamu terus hidup. 

Dan rakan bukan Melayu saya, saya tidak mengatakan kamu tidak punya peribadi zuhud, jujur dan sebagainya. Saya cuma mahu memahamkan bahawa kita semua sama penting; orang Cina kompetitif, orang India gempak dengan budaya dan kerajinannya dan orang Melayu pelihara dunia kita di bawah keris Yang DiPertuan Agong. Kita sama penting. Sebagai penutup: Tuan Razi pernah kata:
"Kalau bom Amerika ditakdirkan jatuh di Bumi Malaysia, tidak akan dipilihnya mangsa menurut bangsa. Maka perlu setiap rakyat Malaysia bersatu."
Salaam perpaduan.

Comments

Popular Posts