Bahasa VS Kecemerlangan

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Kebelakangan ini, saya banyak menulis berkenaan pendidikan negara Malaysia. Bukanlah hendak mengiystihar kepandaian mengkritik, bahkan pada masa-masa tertentu, saya menganggap ianya sungguh-sungguh suatu kelemahan saya. Seperti lagaknya tahu semua. Sebenarnya, tidak. I just feel like thinking about it. Untuk kali ini, saya mahu tunjukkan bahawa dalam pendidikan, penguasaan bahasa tidak wajib (macam tak puas hati dengan keputusan pula) Tidak~

Andaikan

Andaikan seorang lelaki tidak mendapat pendidikan, terutamanya bahasa. Meskipun begitu, dia yang tinggal di celah-celah timbunan mesin dan bahan-bahan kejuruteraan terbuang banyak belajar dari setiap mesin yang ditemuinya. Sekarang beritahu saya, apakah dia ini tidak pandai? Kerana tidak punya kapasiti bahasa yang akademik dan "bersijil"?

This is why I get raged every time someone mentions about linguistic and its association with the definition of intelligence. Kalau mereka meneliti semula teori Howard Gardner, pasti mereka menarik balik kata-kata mereka. Kita unik dari segi kebijaksanaan. Jika ini tidak mampu mengenyangkan pemikiran golongan konservatif bahasa ini, maka mari saya datangkan satu lagi persoalan:

Mana lebih bijak?

Ordinan Pelajaran 1967 menyebut bahawa Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa rasmi tunggal (Mok Soon Sang, 2009). Bahasa Melayu sentiasa menjadi suatu wahana akademik (dan pencinta bahasa ini mengharapkan ianya sebagai satu-satunya medium ilmu) dalam pendidikan Malaysia. Dalam urusan negara, Fasal 1, 2, 3, dan 4 menyebut bahawa Bahasa Melayu harus diutamakan. Argumen mereka:- ini bumi Melayu, maka ia sepatutnya dikuasai Bahasa Melayu. Maka, menurut selepas itu adalah kewajipan masteri Bahasa Melayu.

Seorang murid wajib lulus Bahasa Melayu untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Andaikan seorang budak punya potensi mencapai kejayaan setinggi PhD, lantaran bahasanya yang tidak baik, maka dia terbuang di lorong-lorong, atau di bengkel-bengkel, ataupun diambil NGO untuk diberi dana, bekerja di bawah mereka. Bukankah ini kerugian kepada negara?

Lagi pula, perjuangan bahasa adalah assabiyah, bukan? Jadi mengapa ini menjadi tuntutan pendidikan, sedangkan negara kita negara Islam? Mengapa kita utamakan pelestarian bahasa melebihi perkembangan potensi diri manusia. Saya berpendapat, ramai pelajara 'sangkut' kerana hal ini, yang mana saya sendiri akan bahaskan dalam pos seterusnya, inshaAllah.

Comments

Popular Posts