Karipap

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH
Saya: Lain bha kan, karipap ibu? 
K. Ieka: Maksudmu? 
Saya: Nda... aku pernah rasa banyak karipap; yang mahal pun, tapi ndada boleh lawan 
K. Ieka: Kan???  
Saya: Mau cakap terbiasa, nda jugak. Sebab kalau terbiasa patutnya bosan. Ini makin gian...
Satu perkara yang paling best setiap kali pulang meraikan cuti sekolah adalah merasai masakan ibu. Dalam banyak-banyak resepi yang ibu sediakan, paling best karipap ubi. Lidah saya sudah lali merasai pelbagai jenis karipap yang dibuat dengan pelbagai cara, namun karipap ibu - betapa puluhan kali pun saya menelannya - saya tidak rasa jemu. Terutamanya ketika dihidang hangat.

Hendak dikata kerana ianya hasil tangan ibu sendiri, tidak juga. Ibu punya puluhan peminat (baru tadi seorang pelanggan meng-SMS minta dibuatkan karipap. Malang ibu ada taklimat, jadi tiada untuk hari ini) yang saya rasa punya pendapat serupa. Murid-murid akan mengerumuni dapur rumah (haha, rumah kami bersebelahan sekolah, sepuluh ela dari pagarnya) minta karipap seringgit, dua ringgit dan sebagainya.

Perniagaan kecil-kecilan ini sentiasa mengingatkan saya dengan kehidupan sewaktu kecil. Kami hidup susah,  ibu meskipun seorang guru sandaran, terpaksa menyandarkan hidup dengan berniaga. Gula-gula 'Winston', 'Choco Bin', aiskrim batang, dan asam. Terkadang disuruhnya kami (saya dan kakak) berjaja kuih-muih: kuih gelang, kuih kontok-kontok, karipap. Memandangkan kami kecil, kami dapat banyak kutukan LOL. Yang paling saya ingat, "Kuih apa? Kuih kentut??". Bwarghahaha~

Saya tahu tiu bukan sesuatu yang patut diketawakan. Tetapi apabila mengenangkan kami berjaya melepasi semua itu dengan apa yang saya peribadinya ada sekarang, saya sujud pada Tuhan. Berkat jualan ibu, kami berjaya (kira berjayalah). Dan apabila orang bertanya pada saya apa rahsia keenakan karipap ibu yang menjadi menu ramai orang, saya kata:

"Entahlah... kasih-sayang kot,"

Comments

Popular Posts