Pendidikan Dengan Tona Serius

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Kudos Dr. Tae kerana membawakan perspektif baharu pendidikan yang sangat hebat. Dunia benar-benar perlukan educationist seperti beliau. Dan bercakap mengenai educationist, ia tidak semestinya bermaksud seorang guru atau pensyarah. Ia boleh juga digunakan untuk mereka yang memikirkan perihal pendidikan. Apa dia sebut?

Dalam talk selama lima belas minit, beliau menceritakan kenapa pendidikan sekarang ini gagal. Kenapa pendidikan di sekolah menengah dan universiti tidak lagi mampu mencapai tahap atau teras pendidikan sebenar. Beliau marah hingga mengatakan dengan direct, "School sucks."

Apa erti pendidikan?

Pendidikan bermaksud suatu proses perubahan tingkahlaku. At least, itulah yang pensyarah EDU3103, Puan Noorizan beritahu saya. Beliau berhujah bahawa dengan peningkatan intelek, ia menunjukkan ada usaha dan usaha merupakan suatu bukti perubahan sikap. Tambahan pula, mereka yang tahu banyak akan lebih bersikap baik. Bukanlah bijak seorang doktor PhD yang membuang sampah di tempat awam.

Pendidikan sepatutnya mensasarkan suatu proses yang menyebabkan murid bertanya "Kenapa?", instead of, "Ohh...." dalam kelas. Murid sepatutnya menjadi pengkritik sukatan pelajara, bukan menjadi orang yang disuapkan silibus ke mulut mereka. Sepertimana Dr. Zollman berbahas dengan anaknya mengenai erti Fizik sebenar.

Pelajaran harus didorong atas minat dan aspirasi, bukan paksaan peperiksaan dan tekanan luaran lainnya. Pendidikan perlu menekankan "mahu tahu" dan bukan "perlu tahu". Ia perlu mengambil berat isu personal yang menurut Dr Ledermann, sekarang ini menjadi suatu wabak depersonalization. Pendidikan harus memberikan murid peluang membongkar tujuan hidup mereka, bukan menunjukkan tujuan hidup tersebut.

Paling penting, jangan sekolahkan anak-anak. Hal ini akan saya terangkan nanti. Cuma ironislah tadi, syarahan tadi akan menjadi contoh cara menjawab peperiksaan. Apapun, adieu~

Comments

Popular Posts