Jangan Sekolahkan Anak

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Baru tadi saya mengulas berkenaan penceritaan panjang lebar Dr Tae berkenaan pendidikan sebenar (fokus: Sains dan Matematik). Saya juga put forward beberapa sebab mengapa "School sucks" dan memberikan definisi pendidikan dan seterusnya mengatakan "Jangan sekolahkan anak". Ini bukan kontroversi baru, Ivan Illich dalam bukunya 'Deschooling Society' lama menyebutkan hal ini. Saya petik:
"School has become the world religion of a modernized proletariat, and makes futile promises of salvation to the poor of the technological age."
Jadi, apa yang buat beliau berfikir bahawa me"nyah-sekolah"kan sebagai suatu tindakan perlu? Jujur, saya belum baca bukunya, tetapi berdasarkan pemerhatian sendiri, ada beberapa perkara yang mungkin menyebabkan pemikiran provokatif ini.

Pertama, kita melihat kepada orientasi pendidikan sekolah. Bukannya berdasarkan minat dan kehendak murid, tetapi kerana raison d'etat atau national/state interest atau keperluan negara. Perbuatan mengorientasikan pendidikan, dengan memberikan waktu terbatas dan spesifik dalam pembelajaran menyebabkan minat kanak-kanak mati. Durasi sekolah enam jam, dari pukul 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Dorongan pembelajaran adalah rawak, tiada waktu spesifik dan tiada tempoh spesifik. Maka, bayangkan dalam tempoh enam jam di sekolah dorongan untuk belajar itu tiada, apa makna ke sekolah?

Sekolah - sebuah institusi pendidikan - nampaknya menjadi suatu kata nama yang paradoks dengan apa yang ia telah lakukan kepada masharakat. Ia tidak lagi memperkembang minat murid, tetapi membantutkannya dengan mengenakan suatu sistem rigid. Perkara yang sama berlaku dalam universiti seluruh dunia: kita pandai kerana gred kita tinggi, bukan sebab kita faham.

Gred tidak menunjukkan kebijaksanaan. It's pure luck your exam questions match that of which you've read. Pandai bukanlah pencapaian dalam pembelajaran, tetapi sikap untuk teruskan ia. Pandai bukan noktah pendidikan, tetapi peluang untuk tahu lebih. Belajar kerana pandai, bukan sampai pandai dan ianya bukan fasal menjawab soalan, tetapi lebih kepada mengkritik jawaban. Inilah kepintaran.

Saya faham, sebagai seorang bakal guru, ya; tidak patut saya mengkritik mekanisme yang bakal saya sendiri adopsi untuk kerjaya ini. But if our people do not open their eyes, who will? Saya akan cuba ubah pemikiran exam-oriented neh. Untuk saya, gagal atas pemahaman sendiri adalah jauh lebih mulia dari lulus atas keterpaksaan sistem. Hidup anarki! XD

Kedua, kerana kita punya banyak guru jahil. Maaf kasar, tetapi inilah realitinya. Pernah tak, guru/pensyarah berikan pattern kertas peperiksaan, spot dan sebagainya? I shit don't believe on these! Saya tidak akan tengok apalagi percaya pada dua benda neh. Bukan kerana tidak menghargai usaha mereka "mencemerlangkan" saya, tetapi kerana saya mahu pandai atas kefahaman sendiri.

Ini mungkin juga keluhan hati ramai manusia bergelar pelajar di luar sana. Mereka dilarang mengkritik teknik menjadi bijak dalam peperiksaan (satira) yang dianjurkan pendidik. Saya benci bengkel UPSR dan PMR, saya benci seminar tackle soalan dan saya benci gila-gila semua penganjuran untuk menjadi cemerlang dalam peperiksaan.

Guru sekarang - menurut Dr Tae - ramai yang mempunyai sijil tetapi sedikit yang berkelayakan secara fundamental. Seorang Dr PhD mungkin pandai mengajar, tetapi jika dia tidak mengikuti kursus mengajar, atau mendapat pensijilan, maka dia tidak boleh mengajar. Now, how suck is that?

Akhir sekali, teknik. Saya tidak mahu berlibur panjang, cukuplah saya bawakan perbualan Dr. Zollman dan anaknya berkenaan pembelajaran subjek Fizik. Babaknya, Dr. Zollman membimbing anaknya melintasi sebuah dewan kuliah yang dipenuhi pelajar.
Anak perempuan: What are they doing?
Dr. Zollman: They're learning Physics.
Anak perempuan: Did they just sit there?
Kbai.

Comments

hetty said…
Ulasan terbaik! *Thumbs up*

Popular Posts