Bermula Semula

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Hahahaha. Saya selalu meragui kebenaran teori 'Time Dilation' yang tertulis dalam buku-buku Fizik. Rupanya teori tersebut benar, buktinya; tiga minggu cuti terasa jauh lebih pendek berbanding tiga minggu di maktab. Serius. Macam baru kelmarin saya jejakkan kaki di Bumi Bawah Bayu, sekarang sudah berada di Kuala Lumpur. Di maktab. Dalam bilik. Sendirian dan kesunyian.

Mudah-mudahan semester ini lebih baik dari semester sebelumnya. Semoga Tuhan permudahkan semua perkara, dan mudah-mudahan diberikan keputusan peperiksaan yang baik (!). Bercakap mengenai itu, saya gusar. Soalan esei memang hancur gila-gila. Salah kira. Silap perhitungan dan akhirnya... ahh! Baik diamkan.

Kbai.

Comments

Popular Posts