Naruto

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH
Terkenal
Saya jarang melayani anime-anime yang dipaparkan di televisyen. Bagi saya, semuanya tak lain dan tak bukan berunsurkan hedonisme semata-mata, walaupun bagaimana tekunpun perekanya menerapkan nilai-nilai kemanusiaan di dalamnya, apalagi falsafah. Namun pagi tadi semasa menghadap sarapan, entah kenapa saya buka televisyen dan menghabisi tontonan anime 'Naruto'. Terpukau~

Naruto

Pendeknya, anime ini mengisahkan seorang budak lelaki yang mencari diri-sendiri; yang menjadi inspirasi semua orang, sedang dirinya sendiri kosong. Memetik kata-katanya kepada Aamaru: "Sasuke pernah bertanyakan kepada saya, apakah saya tahu rasa bersendirian? Saya menjawab, tidak. Kerana saya memang sentiasa sendiri". Well, don't want to comment on that part, sebab point of interest entri ini adalah terhadap dia. Naruto ditemani kawan-kawannya, para guru dan pakcik gatal bergabung menentang penjahat.

Saya tidak pasti, bahkan lebih dekat kepada yakin bahawa tidak wujud watak seperti Naruto. Seluruh gerak kerjanya seolah-olah sempurna, objektifnya sangat nyata. Jiwanya selalu cemerlang menyinarkan cahaya dedikasi, komitmen, intuisi teguh demi tanah air dan orang yang dia sayangi. Dia kuat, dia disanjung setiap manusia yang dibantunya. Dia inspirasi kebangkitan dan punca keruntuhan golongan megalomaniak.

Dia memiliki Kyuubi, kekuasaan dalaman/batin dalam bentuk musang berekor enam yang tidur lena dalam teras jasadnya. Ruuh ini tidak akan bangkit melainkan bila Naruto hampir dikalahi dan ia selalunya berakhir ganas apabila sahaja Kyuubi ini bangkit. Menurut yang saya faham/tahu, "kebolehan"nya itu genetik. Sesuatu yang sangat intriguing.

Kekaguman
Selalu bertelagah, namun lucunya sahabat sejati.
Kalaulah ada manusia seperti Naruto di dunia ini, bawakan saya padanya. Saya ingin berguru dengannya. Saya ingin membincangkan perihal agama, saya mahu uji sedalam mana kepandaiannya dalam bab-bab fiqah dan syari`ah. Aha. Benar. Ini permintaan dari saya. 0145581728 nombor telefon saya. Call me if you found the closest candidate to him.

Hal ini kerana, untuk saya memahamkan diri bahawa tidak beragama ataupun beragama Amaterasuisme membolehkan seseorang mempunyai rangka kerja yang begitu baik adalah seolah-olah mustahil. Yalah, boleh didatangkan contoh-contoh seperti Dr Richard Dawkins, Sam Harris dan David Greene sebagai humanis ateis yang berkebajikan, namun mereka ini masih tidak boleh menandingi ketokohan Naruto, saya rasa. Kerana itu selalu saya bisikkan pada telinga, "Naruto ini fiktif, jauhi dari mempercayai kewujudannya".

Namun selalu, bisikan itu diikuti rasa bahawa ada seseorang yang sehebat Naruto. Ada. Di dunia yang luas ini, saya menyangkal wujudnya manusia sedemikian. Antara argumentasi idealisme kefalsafahan Naruto dan intuisi, selalu intuisi menang. Resolusinya, bawakan saja. Kalau-kalau anak jiran kamukah, mahupun diri kamu sendiri kamu rasakan seolah-olah Naruto, beritakan pada saya. Nak ajak berborak. Korek ramuan rahsia personaliti.

Tadi kita fokuskan kepada ketokohan Naruto. Kali ini, meskipun nadanya lebih kurang bersahaja, saya mahu bongkar pula titik tolak perjuangan Naruto. Barang diingat; a) ini cumalah analisis bukan objektif peribadi, dan b) boleh saja ianya tidak valid, kerana saya sangat jarang untuk mempunyai masa melayani anime ini. Pagi tadi pun jujurnya, kerana TV1 dan TV2 menyiarkan program-program steretipikal drama dan politik barang umpama.

Kampung Konoha

Apa yang mendorong setiap tujahan kepal tumbukan Naruto? Apa yang mencetus sepak terajangnya, yang mengaruh chakra membulat jadi Rasengan, atau membelau menjadi Kagebunshin Ninjutsu? Apa sebenarnya motivasi di sebalik cekauan serta cakaran Kyuubinya? Menurut saya: nasionalisme. Setiap kali ingin mengerah titis chakra terakhir bagi melunaskan pertarungan, Naruto mesti menyebutkan sesuatu berkenaan Kampung Konoha. Sangat menarik bagaimana semua manusia yang ditemuinya berakhir dengan salutasi tinggi terhadap Kampung Konoha.

Kampung Konoha tenang. Walaupun sesekali kacau diterobosi kuasa jahat, akan selalu sampai ketika di mana kekacauan lesap dan ketengan bertandang semula. Semuanya berpunca dari etika ninja yang sangat ketat, persahabatan yang rapat dan kasih-sayang sesama warganya. Kalau kamu pernah membaca sesuatu berkenaan utopia, mesti kamu setuju Kampung Konoha adalah yang paling mendekati deskripsinya.

Kalaulah rakyat Malaysia boleh belajar dari Kampung Konoha. Tidak semaju mana, bahkan mengekalkan tradisi-tradisi keJepunan mereka yang boleh dianggap purbakala. Makan ramen, menelan herba, tahankan perwarisan dahulukala atas ketaatan kepada Hokage, demi keamanan negara ini. Tidak ada hijau-putih, biru-putih, merah-putih-biru dan sebagainya. Tidak ada 'Bersih', 'Kotor', dan sebagainya juga.

Lihatlah natijahnya. Meski sekadar anime, Naruto diangkat sebagai hikayat inspirasional. Semuanya kerana tradisi, dan mengekalkannya. Hatta masharakat Barat sekalipun.

Comments

Popular Posts