Selamat Hari Pekerja

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH
Leganya kerja sudah disiapkan semua. Laporan makmal, ugasan demi tugasan dan fail-fail; semuanya sudah disiapkan dan diatur. Tinggal portfolio Pedagogi dan Perkembangan Kanak-Kanak (yang mana, mudah diuruskan). Sekarang baru boleh menikmati pelayaran di Internet tanpa rasa risau. Sedangkan minggu depan peperiksaan. Entah kenapa saya tidak rasa tertekan langsung. Kah, belum masuk fasa yang sepatutnya? Kepada yang manja dan balik rumah, sila belajar di rumah. Jangan asyik menonggeng di rumah sampai tengah hari, tidak buat ulangkaji. Sudahlah tak tolong emak but kerja, asyik menghabiskan beras ja kerjanya. Ahahaha.

Rasa belum terlalu lambat untuk mengucapkan: 'Selamat Hari Pekerja'. Khutbah tadi pun berdegar-degar dengan pengisiannya berkenaan mutu dan nilai kerja. Diharap kita terus tabah dan gagah memikul tanggungjawab sebagai seorang anak buah (yang majikantuu, untunglah). 

Comments

Popular Posts