Lama Tak Tulis Cerita Hantu

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Saya tidak boleh mengawal jemari untuk menceritakan anekdot chomel ini. Kepada si pencerita (yang namanya  lebih baik dirahsiakan), maafkan saya. Saya mulut tempayan, bukan; jari tempayan. Apa yang orang minta rahsiakan, semakin bersemangat saya riwayatkan dalam blog neh. Sudah orang minta diaktifkan semula, maka gunakan ia sebaiknya.

(serius, tajuk says it all. Dan lagu blog bikin slack. Sila matikan. Terima kasih).

Ia bermula dengan sebuah pemandangan padang futsal. Ada dua, tiga sedang berbual di luar gelanggang. Satu yang bersinglet duduk di kerusi dan satu lagi yang sedang berdiri berbaju putih, menghadap yang pertama. Nampak ketul-ketul badan menembusi bajunya yang lenjun dengan peluh. Botol mineral di tangan. Lampu gelanggang sedikit malap, kadang-kadang berkelip-kelip seolah-olah ingin padam. Kumbang serta segala serangga nokturnal bergumul dalam cahaya lampu kalimantang yang seakan lelah membenderangi lantai hijau pucat gelanggang futsal itu.

Dua orang lelaki tadi adalah Armin dan Nimra (malas cari nama, terbalikkan saja nama pertama). Mereka baharu menamatkan latihan futsal mereka. Yalah, minggu depan pertemuan kumpulan mereka, Geng Ksyatria akan bertemu dengan kumpulan Kuku Besi untuk menentukan kelayakan ke peringat akhir. Memandangkan inilah kali pertama mereka berjaya melepasi suku akhir, keghairahan dan sedikit gemuruh mengalir panas dalam darah.

Jurulatih Ooi baru saja mengangkat kaki pergi, setelah melaung call it a day kepada anak latihannya. Tajul, Ariff dan Dhani pun sama. Mengantuk, kata mereka. Dari pukul sembilan sampai ke pukul satu mereka berlatih, siapa yang akan dapat menahan. Dan Nimra tahu, itu bukan sebab sebenar mereka pulang awal.

Begitupun, Nimra dan Armin berkeras tidak mahu terus pulang kerana ingin melakukan latihan tambahan. Nimra sebetulnya adalah striker dan Armin pula berada pada posisi goalkeeper. Bagi mereka, tanggungjawab mengangkat nama kumpulan ada pada bahu mereka. Maka dalam hening pukul dua, pagi Jumaat.

"Min, bila start latihan balik?"

"Alaa, kita rehat setengah jam dululah. Buang penat. Ni, kakiku belum hilang pedihnya ditendang Tajul tadi", rengut Armin, sebagai respon kepada pertanyaan tiba-tiba Nimra, atau nama manjanya,Yim. Muka Armin berkerut, tangan melurut perlahan betisnya. Nimra hanya mampu tersenyum.

Nimra meneguk air mineralnya. Amrin masih mengurut kaki, menghalau pedih dihentam kasut bola Tajul. Difikirkan semula, salahnya juga sebab berlari ke arah bola yang sedang digelecek Tajul dengan penuh ghairah. Dia faham benar Tajul. Orangnya kurus, tetapi mainnya paling ganas. 

Sesudah menghabisi tegukan, botol air plastik tadi dikerunyuk dan dilempar ke dalam raga sampah berdekatan. Dia duduk di sisi Armin. Matanya tertancap ke arah gelanggang futsal. Sekejap mengecil, sekejap terbuka. Kening turut memainkan perananngya. Nimra seolah-olah dia sedang menyaksikan perlawanan yang bakal mereka lalui. Ataupun, sedang mendemonstrasikan strategi dalam akal melalui penggambaran ikonik penuh sedar. Apa-apalah. 

Nimra pula sedang sibuk mengambil gambar demi gambar gelanggang futsal tersebut untuk dimasukkan ke dalam blognya Sven-Satio (LOL, promosi). Akan ditulisnya, "Colosseum kami sebelum merangkul juara". Dia berterusan mengambil gambar dengan menukar mod serta menala lensa Sony Xperia S-nya, sebelum matanya tertumpu kepada barisan loker. Dan dia teringat sesuatu.

"Eh, Yim, sambunglah cerita kau tadi... betulkah?"

Nimra terpanggil untuk menoleh ke arah Armin. Permintaan lelaki berdarah Sepanyol itu tidak terus diberi balasan. Nimra mengalih pandangannya ke arah barisan loker yang sama yang sebentar tadi ditinjau Armin. 

Barisan loker tersebut menyimpan banyak kisah. Kisah gembira: seperti menjadi saksi kemenangan pasukan bolasepak mereka ke suku akhir. Juga kisah sedih, kisah penuh menyayat hati kepergian Doanald, bekas jurulatih mereka yang ditembak di situ. Loker tersebut adalah saksi keringat dan air mata, bisik Nimra. Bergenang sedikit air mata sedikit mengingat kepekatan slanga mendiang jurulatih dari British itu. Armin tidak pula menuntut jawaban segera; kamera masih berklik sana, berklik sini.

Nimra pun tidak pasti kenapa Doanald ditembak. Dia tidak menemukan apa-apa objektif untuk seseorang melakukan sebegitu kepada lelaki 50an Eropah tersebut kerana setahunya, dia orang yang dihormati semua. Integritinya dalam melatih kumpulan Ksyatria menjadi bahan kekaguman semua, bahkan pihak lawan. Namun, genap sepuluh hari anak didiknya merangkul Piala Persekutuan setahun lalu, dia ditemui tidak bernyawa dengan lohong besar pada tengkorak di sebelah atas telinga kiri. Forensik menyebut, kes pembunuhan dengan senapang pam.

"Entah, Min. Susah jugak nak percaya yang Encik Doanald belum mati. Kita sendiri saksi penemuan mayatnya. Kita yang rangkul dia ke dalam ambulans. Takkan dia masih hidup kot."

"Itulah... entah Ariff buat-buat cerita. Taulah dia tu, macam mulut tempa-"

"SHHHREEEEEETTTT!!! SHHHREEEEEETTTT!!!!"

"SHHHHH!!!!" Tiba-tiba Nimra mengisyaratkan Armin untuk menjedakan perbualan. Tangannya didepang pada dada kawannya itu, sedang jari telunjuk kiri diletakkan pada bibir. Mungkin inilah bunyi pelik yang selalu didengari Ariff. Kata Ariff, tidak lama sebelum Doanald mati, dia yang sedang berlatih mengimbang bola dengan Dhani terdengar bunyi sesuatu diheret di bahagian loker. Mereka langsung mengalih pandangan ke arah punca dan menurut mereka, ada suatu susuk tubuh berbaju putih sedang mengheret suatu bungkusan plastik hitam sambil membelakangi mereka berdua Bungkusan tadi, semacam bungkusan mayat yang selalu disaksikan dalam CSI, kata mereka.

Dhani dan Ariff tidak terus kecut perut. Apalagi Ariff yang terkenal dengan kemahirannya bersilat gayung. Namun apa yang mereka saksikan selepas itu, ketakutan yang ia hasilkan tidak mampu dilawan dengan semangat ghazi pejuang silat. Kelihatan tiba-tiba berdiri di Doanald sedang bertepuk tangan sambil bersorak, seolah-olah sedang memberikan semangat kepada suatu perlawanan yang sedang berlangsung. Mengerikan bila melihat suatu bahagian otaknya berjuntai dari lohong besar di atas telinga sebelah kiri, berhayunan saat dia bersorak. Dua lelaki keturunan Jawa teurs ciao.

"Kenapa??" Armin yang clueless bertanya. Hairan dia, kerana dia tidak mendengar apa-apapun. Dia menambah, "Aku tak dengar apa benda pun... kau jangan nak takutkan aku. Aku anak pak cik Salaamlah" 

"DIAMM!!" bercampur suara jeritan dan bisikan Nimra. Matanya menjegil, gigi bergetap. Dan, dari belakang mereka, bahu mereka ditepuk. Mereka menoleh, dan darah berhenti mengalir.

"How's my big guys!?"

Doanald dengan mata hitam sepenuhnya, otak berjuntaian sedang menyeringai tajam. Selaras senapang melepaskan dua das tembakan. Esoknya, Nimra and Armin ditemui mati terbungkam di bahagian loker pemain. Ada shotgun di sisi Nimra. CCTV menunjukkan mereka sedang bertengkar berebut sebuah senapang yang entah dari mana datangnya. Memang nasiblah, dirasuk hantu bekas coach sendiri. Nimra tembak Armin, sebelum dirinya sendiri. Akhir kata:
Terpulanglah, nak percaya (baik tak payahlah. Fiksyen semata-mata neh =.=". Eh, kenapa bahu saya rasa macam ditepuk...)

Comments

Popular Posts