Gambar Terbesar Di Dunia

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Saya fotogenik, OK. Saya suka tangkap gambar, dan dengan 12.1 Megapiksel SE Satio saya, saya tangkap semuanya (maaflah blog Sven-Satio_N sudah lama tidak diisi). Mengambil gambar adalah cara  saya menenangkan fikiran atau melepaskan tekanan. Dan satu lagi; semakin besar Megapiksel kamera, semakin ghairahlah saya. Baru-baru ini, Nokia umumkan akan keluarkan Nokia 808 View yang mempunyai kamera 40 Megapiksel *berdehem* maaf, Sony Ericsson. Ahahahaha. Tidak. sekarang berkira-kira untuk membeli Sony Xperia S (Ion).

Tapi bukanlah pasal kamera saya, atau kamu atau Nokia 808 View yang saya mahu bangkitkan. Dalam pos ini, saya mahu kongsi gambar digital terbesar pernah diambil manusia. Agak-agak berapa besar? 100 Megapiksel? 900 Megapiksel? Atau 50,000 Megapikselkah? Salah. Besarnya adalah 272 Gigapiksel. Ya, kamu baca dengan betul. Bersamaan 272,000 Megapiksel. Nak tengok, sila klik pada imej. Gila, berapa lamalah masa diambil untuk muat naik benda ni.

Comments

Popular Posts