Penjelasan

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH
Gemu, namanya~ =3=

Selamat pagi dan salam sejahtera. Sudah masuk hari ke-3 cuti, dan setakat neh, walaupun tiada aktiviti special, tetap juga dinikmati percutian. Berharap agar sidang pembaca sedang turut membelanjakan waktu berkualiti bersama keluarga. Pergilah jalan-jalan, release-kan tekanan tu. Semester baharu akan menjelma, dengan cabaran-cabaran baru. Ini masa kita melupakan semuanya sebentar dan letakkan kepala.

Siapa??

It sparked debate berkenaan siapa yang saya rujuki dalam entri-entri sebelum neh, berkenaan persahabatan. Saya menyangka orang akan faham bahawa yang dimaksudkan dengan 'dia' itu bukanlah siapa-siapa melainkan  SAYA. Terlalu berharap tinggi dengan masharakat supaya mereka faham bahawa saya tidak mengindikasikan kepada orang lain, because aside God, His Prophet and families, saya tiada siapa-siapa.

Sehingga kini, tiada yang betul-betul kena dengan diri saya. I mean, kawan. Kawan baik tuu banyak ramai, tapi yang benar-benar sekepala bha. Yang jahat sama-sama, baik sama-sama. Yang mengetawakan saya ketika saya jatuh sambil menghulurkan tangan untuk membantu. Ada mungkin, tapi sekali lagi:- belum cukup.

My real dream friend adalah (sebaik-baiknya) spiritual tinggi. Boleh sentiasa tarbiyah saya tika lalai, boleh buatkan saya ingatkan Tuhan bila menatap dia dan dalam masa yang sama, punya tahap fikiran yang searas. Taulah, saya neh sedikit philosophical dan remaja sekarang tidak suka itu (hei, ini bukan self-proclamation). Boleh menerima slanga Indonesia pekat saya.

Saya serius perlukan bantuan. Bantuan dari kawan untuk membimbing saya dari jalan gelap yang sudah saya pilih dan pertahankan. Hanya Tuhan tau kejahatan saya, hanya Tuhan. Tapi saya percaya bahawa sahabat seperti itu wujud. Tuhan itu adil, setiap orang pasti ada seseorang untuk menenangkan dia. Sama seperti Hawariyyun kepada Nabi Isa AS dan Para Sahabat r.a kepada Rasulullah SAW. Ini, saya yakin.

So, that's it. Wassalaam~

Comments

Popular Posts