Awan Dania Manusia

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH
Semasa dalam penerbangan untuk pulang ke negeri tanah tumpah darah saya, terjadi suatu perbualan antara dua warga Sabah yang agak bersifat matang antara seorang lelaki Semporna dan saya. Mulanya perbualan mengarah kepada isu kerjaya dan politik. Sungguh aneh seorang lelaki memuja dengan begitu tinggi Datuk Shapie Apdal, kerana bagi saya beliau biasa-biasa saja. Namun melalui penceritaan lelaki ini, ternyata Datuk Shapie bukan calang-calang orang.

Keistimewaan Datuk Shapie bukanlah yang ingin diceritakan di sini. Part yang lebih menarik terjadi selepas itu, di mana, lelaki ini tiba-tiba mengalih pandangannya dari saya ke seorang attendant kapal. Saya terpukul untuk melihat ke arah yang sama.

LELAKI : Cita-cita apa?
SAYA    : Doktor ... tapi yalah, result tak cukup tinggi
LELAKI : Oh, habis sekarang ini, belajar di mana?
SAYA    : IPG. IPG di Kuala Lumpur
LELAKI : Pecahan apa?
SAYA    : Sains ... untuk pendidikan.
LELAKI : Belajarlah, selagi mampu. Kalau sudah tidak mampu, jangan cari kerja yang tidak patut ... (senyum)

(....)

LELAKI : Hui, kenapa tidak mahu jadi macam diaorang? (mulut dimuncungkan kepada seorang anak kapal)
SAYA    : Tidak berminat.
LELAKI : Gaji diaorang neh, cecah puluh ribu. Merantau seluruh dunia...
LELAKI : Guru, dikelilingi budak-budak, memeningkan kepala. Jadi macam diaorang kan, senang. Tak payah fikir pasal budak-budak...

(....)

SAYA   : Pak cik ini lupa, asal semua profesion di dunia adalah guru. Pramugara/i sekalipun, mana mungkin boleh capai Awan Dania mereka jika bukan kerana guru yang meyakinkan mereka bahawa istana impian atas gemawan itu wujud. Dan pak cik:- keberuntungan pak cik, bukankah bergantung kepada seberapa banyak minat yang pak cik curah ke atas didikan seorang guru?

Malang, hanya mampu luah dalam hati, gara-gara sikap introvert sendiri. Saya buangkan pandangan ke arah tingkap kapal. Awan Dania setiap manusia, ada.

Comments

Anonymous said…
tahniah anakku..teruskan perjuanganmu
Sven Medyona said…
Terima kasih~demi Tuhan, demi Rasullullah SAW dan demi keluarga =)

Popular Posts