Sahabat

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Peperiksaan sudah sampai ke kemuncaknya (maksud: akhirnya). Tidak membahayakan kot, kalau saya sambung penulisan. Rindulah. Ingat masa tukar permission untuk pelawat supaya tidak boleh diakses, saya ingat mahu hentikan ia untuk selam-lamanya. Mahu jadi produktif, konon. Mula menulis artikel. Serius; saya boleh lupakan "karier" neh, tapi lagi serius: sukar untuk tinggalkan apa yang telah dua tahun menjadi diri kita. Jadi, di sini saya memulakan lagi.

Persabahatan Persahabatan
Kawan baik tidak membiarkan kamu malu ....sendirian. XD
Entah berapa kali saya tulis berkenaan persahabatan. Tentang kawan-kawan saya, tentang BFFs dan kisah-kisah penerokaan alam perhubungan yang ini, baik secara lahiriah mahupun jiwa. Berapa kali juga saya cerita kawan-kawan yang saya telah lakukan dosa ke atas mereka dan proses bermaaf-maafan berlaku. Kadang-kadang, saya rasa fed-up. Macam drama queen pulak rasanya. "Terlebeyy sudahh!"

Dalam ramai-ramai kawan saya, beberapa orang sukar untuk saya terangkan bagaimana dalamnya rasa sayang saya pada mereka. Sayang tu, sampai dalam mimpi terbawa-bawa (bayangkan, termimpi kawan baik dalam mimpi. Kool, kan?). I refused to name any, sebab biarlah rahsia.

Tapi ada seorang sahabat, yang semakin dia jauh, semakin dia dekat. Itu tidak bermaksud saya suka dia berada jauh- maksud saya- not around me. Cuma... ah! Belajar pasal Hukum Aruhan Elektromagnet Lenz, kamu akan faham. Yang pasti, dia sekarang jauh dari mata. My feeling: bila nampak dia happy, saya turut happy. Saya ucapkan terima kasih pada orang yang buat dia happy, walaupun masa tu, saya tengah buat kerja, tak dapat serta. Tak pernah menyesal dengan nasib saya :)
Beginilah kami sebetulnya.

Tapi bila dia sedih, dia berkerut; saya rasa bersalah. Rasa bersalah sangat, sangat, sangat sebab telah sebabkan dia berkeadaan begitu baik secara langsung mahupun tidak langsung. Saya berpeluh: fikirkan cara, fikirkan cara, fikirkan cara... supaya keadaan langsung berhenti macam tu. Dan dia senyum, biar sedikit, seperti matahari pagi.

Apapun, kawan bagi saya adalah macam 'Nescafe 3 in 1: Mild' di tengah malam, masa kamu tengah ulangkaji atau insomnia atau fikirkan masa depan atau stress atau tengah menyiapkan artikel atau sekadar... saja-saja bangun tengah malam. Yes, you can stay up the whole night without them, tapi kamu tidak boleh menolak kenyataan yang malam itu akan jadi lebih hangat, manis, seronok, produktif, berharga dan best. Begitu kot, kawan. Entahlah.
"Pull yourself together!"

:: Bagi saya dalam bersahabat, jangan harapkan balasan. Dia sedarkah, tidak sedarkah; setiakah, tidak setiakah bagi saya- itu/inilah cabaran berlayar atas kapal Friendship. Kalau harapkan balasan layanan serupa, bukankah itu memancing ketidak ikhlasan? Don't be a trophy, but be a tool kit. Fahamkan :)

Comments

Popular Posts