Pendirian

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH
Saya suka dengan entri yang ditulis oleh seorang sahabat blog di sini, berkenaan dirinya yang introvert. Secara jujurnya, tak pernah menyangka yang dia adalah seorang introvert, di sekolah, she's kind of happy-go-lucky type of person. Tapi, kita tidak boleh benar-benar tahu apa hati budi orang, melainkan setelah dia nyatakan sendiri. Selalu saya ingatkan diri, "Jangan teka hati manusia, nanti jadi fitnah,". Bertanya kalau confuse.

Saya sendiri ada dilema pendirian

"Terima kasih" kepada Carl Jung, penemu teori psikoanalitik introvert-ekstrovert, saya mampu mendefinisikan diri saya sebagai apa. Saya ingat pernah mengambil satu kuzi; kuiz personaliti dan saya dapat personaliti introvert idealistik. Maksud: saya punya fantasi yang indah-indah, yang sukar direalisasikan semua dan saya pandang diri tinggi secara introvert.

Tambahan, saya tidak akan menunjukkan kekaguman terhadap diri-sendiri depan orang. Manusia fantastik (fantastik maksudnya kerap berangan-angan) seperti saya lebih suka bercakap dengan diri-sendiri; punya optimisme intrinsik yang kuat. Kalau melakukan kesilapan, akan justifikasikan kesilapan kerana rasa diri awesome dan sangat, sangat, sangat lemah dalam perihal bersosial/berkomunikasi. 

Jadinya, walaupun ramai yang kenal (mungkin), tapi sebenarnya saya ramai kenalan. Orang ramai tidak faham jiwa saya, fantasi saya, mereka bahkan ada yang kritik dan tolak. Oleh itu, saya melihat orang lain sebagai ancaman kepada diri saya and I officially have only me. Pelik, kan?

Kalau itu sudah pelik, ada lagi...
D'AWWW~
Menjadi idealis (walaupun saya suka realisme), orang macam saya sukar difahami. Harap dimaafkan jika kadang-kadang saya pendiam dan menjedakan ayat dalam perbualan. It took a courage for people like us to present ourselves. Kami takut diejek, kami takut direndah-rendahkan. Lagipun, kemahiran sosialisasi tadi kan, rendah. No wonder-lah.

Saya suka benda-benda yang memerlukan kehalusan, walaupun anti-ketekunan. Strukturalisme bukan keperluan hidup saya, tapi makna. Suka mencari makna dalam setiap perkara dan sukar buat benda yang tidak membawa kesan kepada diri. Notakan juga bahawa meskipun begitu, kesan terhadap diri saya tidak kekal.

Carl Jung kata salah-satu ciri introvert adalah kurang motivasi. Orang tak jauhkan diri dari saya, saya yang keep distance dengan orang. Sebab itulah sukar berikan saya motivasi. Hanya melalui anekdot peringatan yang dapat merubah saya. Kalau direct talk memang sia-sialah. Ahahaha. Dan ya, hari tu saya menonton dokumentari pasal mangsa puting beliung di Amerika. Kalau bukan kerana ramai orang, saya menangis memang. Sedih...

Menjadi introvert, seseorang itu suka berfalsafah dan punya nilai humanitarianisme yang tinggi. Ia menjelaskan kenapa saya suka falsafah. Pasal yang kedua tu, saya tidak pasti pulak. Yang penting, saya punya konflik altruistik-individualistik yang serius. Teruk, kan? Dan ya, benar, orang introvert puitis (ini, saya sedang asah XD).

Dah, siap analisis diri.

It may apply to others, and may not be so. Perlu beringat ada banyak lagi faktor yang mempengaruhi personaliti seseorang. Sejarah hidup, sosioekonomi, agama, bangsa dan budaya, masharakat. Apapun, kepada yang punya sama jiwa macam saya, "Selamat datang ke dalam liga ini!". Nah:

Comments

Popular Posts