Dosa

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH
"Ahh, leganya UAK sudah habis, kan sayang?"
*jangan ditiru aksi ini. Berdosa kot*
Okay, UAK sudah ditamatkan, tapi keinginan untuk mengeposkan sesuatu di Sven-Sation-N belum muncul. Saya tertanya-tanya dengan diri saya sekarang; sudah tidak berapa meminati arena gambar neh. Bukannya mau jadi profesional pun, tapi entah. Bahan tiada, mungkin. Tidak pun, masa sangt mencekik (sebab itulah entri '#72: Masa' di blog yang lagi satu tercipta). Ahahaha~apapun, hidup harus nikmat. Celaka macam manapun, inilah hidup (pinjam kata Hetty Sarinah).

Islam

Kadang-kadang, bila kesedaran mengetuk jiwa saya yang memang sedia keras neh, saya berfikir juga pasal kehidupan. Maksud saya, pasal tujuan, sebab dan punca saya hidup. Susah untuk menerima falsafah eksistensialis yang mengatakan kewujudan saya tanpa sebab. Tanpa tujuan yang pasti. Analoginya mudah; kalau kamulah, kamu jumpa sebuah mesin di tengah hutan, masakan kamu tidak tertanya dua perkara; siapa pencipta mesin itu dan apa tujuan ia dicipta. Beginilah saya meletakkan diri.
Kuala Lumpur; beberapa jam yang lalu.
Saya dulunya, seorang manusia jahat. Ingkar dan percayalah; saya punya perwatakan hampir kepada tiada beragama. Solat entah ke mana, zikir kepada Tuhan jangan tanyalah. Bila kemalangan 2008 berlaku, diikuti kejadian-kejadian kecil selepasnya yang menyusul, saya tangisi diri. Tuhan Maha Penyayang. Dia selamatkan saya bahkan Dia masukkan pula saya ke dalam dunia Islamiyyin.

Saya takkan tanya kenapa Tuhan pilih saya untuk menjadi orang yang laparkan ilmu agama, kerana itu bisa memancing arogansi, tetapi sungguh, sesungguh-sungguhnya saya rasa bersalah bila nikmat Tuhan yang ini saya sia-siakan. Kadang-kadang dalam kesedaran pun saya lakukan dosa. Baru bukan yang alang-alang punya dosa: kabiruz zunub lagi tu.
Rehat otak jap...
Saya- sukar untuk saya melawan tangan dan kaki ini dari tidak melakukan dosa. Orang selalu pujok, "Tiada manusia biasa yang ma`sum, Sven...", tapi itu tidak membantu. Bukankah itu  tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk melakukan dosa. Sering kali setelah terjadinya kesalahan, saya istighfar. Esoknya, buat lagi, dan lagi, dan lagi. Berulangan bagai permulaan lagu ke korus tanpa titik. Nota nyaring yang bersambungan.

Saya selalu pukul diri, juga. Saya ikut resmi seorang Sahabat Nabi yang selalu memarahi lidah dan merotan kakinya kerana melakukan kesia-siaan. Bukan Opus Dei ya, kamu neh pandai putar alam. Bukan Sufistik, sekadar tarbiyyah diri. Begitupun, ini tidak juga berkesan. Mungkin untuk beberapa jam atau ketika, namun efeknya tidak kekal.

Saya selalu bisik hati, "Yassin, kau manusia hebat. Melainkan kau lakukan perkara tersebut...". Selalu juga kata, "Weh, kata beriman pada Tuhan. Ini, apa neh?" atau paling tidak, "Haram adalah haram! Jangan takwil-takwil!". Sekali lagi, tiada berkesan. Tuhan harapnya memaafkan.

Memohon maaf
Subhanallah
Adalah perkara yang saya tidak boleh/mahu lupa dalam berdoa. Saya turut doa agar Tuhan tarik saja kesenangan, jika ia menyesatkan. Namun Tuhan itu degil. Ini bukan konotasi buruk, ya. Ini konotasi bahawa Tuhan melakukan ikut izin dan sukaNya. Tuhan, saya sayang Tuhan. Saya selalu bisik, pasti ada hikmah. Pasti ada yang Tuhan mahu saya pelajari dari semua kelemahan saya.

Dan saya tengok masa lalu, saya selalu menangis.

Comments

hetty said…
Hahaa quote curi tu. Dari Zahiril Adzim.


Masih ada dosa yang sukar untuk ditinggalkan. Masih ada. *sigh*
Sven Medyona said…
Ahahah. Bersumber kamu; dari kamu saya kenal quote tu.

Ya. Entah macam mana boleh dihilangkan daki-dakinya.

Popular Posts