Seni

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Selamat pagi semua. Bangun dengan senyuman atau kesedihan? Hah, sampai ke malamlah begitu juga. Luang sedikit masa berselawat kepada Nabi Muhammad SAW sepuluh pagi setiap pagi dan petang, dan berzikrullah-lah jika bosan. Tak ruginya~pesanan penaja untuk dirinya sendiri dan para pembaca (kalau hado).

Kerja kursus semakin lama semakin banyak meninggalkan kita, kawan-kawan (hahaha, sarkastik gila). Maka, beransur-ansur kehidupan sebagai pelajar - spesifiknya guru pelatih - pulih seperti sediakala. Makan minum mulai terjaga, sudah punya masa menulis entri sebanyak semahunya, dan sudah boleh workout. Bhahaha, gurau. In the other hand, Zudien and Zulfadhli are working hard in their room, doing fitness program. Hebat, hebat!

Minat Penultima: Fotografi

Sejujurnya, dalam posisi saya sekarang, saya lebih banyak meminati berbanding menceburi sendiri. Jangan terkejut (kalau terkejut pun, dimaafkan); fesyen, reka bentuk dalam, kulinari/kutleri, fotografi dan tasauf adalah termasuk dalam senarai minat terbaharu saya. Hendak menceburkan diri dalam salah-satu ini, nantilah. Hemm, Yassin. Kalau mati esok, baru padan muka. Bertangguh saja kerjanya.

Ke topik asal, yang kedua saya minat adalah fotografi. Saya sangat menghargai mereka yang menyanggupi jalan fotografi. Bukan senang ya, bukan main picit-picit punat jaa (macam yang saya selalu dan suka lakukan). Perlu sudut dan penataan cahaya segala. Oleh itu, andai sesuatu karya terhasil indah, saya hargai sangat-sangat. Di bawah beberapa gambar yang dimaksudkan beserta nama pengkaryanya. Bolehlah google kalau berminat :)

Alex Stoddard
Ian Komac
Lisa Wood
Nicholas Scarpinato
Philip Schumachar
Saya cenderung kepada minimalisme, surrealisme, objektivisme dan suka menjauhi seni yang terlalu abstrak. Saya mahu serealistik dan sefantasi mungkin. Kadang-kadang perasan diri pengkritik seni, bercakap sendiri-sendiri tentang foto si anu dan si anu. Bhahaha. Sudah namanya minat.


P/S: Berharap sangat ada remaja Malaysia yang menceburi bidang ini. Dengan adunan budaya Nusantara, mesti indah hasilnya :)

Comments

Popular Posts