Berteleku Di Depan Tuhan

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Alangkah,
Apakah nama istilah yang boleh diguna
Untuk menerangkan keadaan dua jiwa
Yang sukar duduk sebangku
Namun bersungguh-sungguh mahu bersama?
Hari demi hari, keadaan jiwa semakin sukar diramal. Entah apa dimahukannya. Kadang-kadang jijik dengan diri-sendiri, bersikap terlalu emosional dan sentimental, sedangkan pada sikap terhadap dunia, sangat gila-gila dan ceria. Rasa macam musang pula, dengan kot biri-birinya. Tapi saya tahankan saja, percaya ini semua rencana Tuhan. Kalau diberiNya ujian, redha sajalah...

Kosong balik-balik. Mungkin rindukan tazkirah. Mungkin rindukan bicara serius dengan seorang teman berkenaan status iman. Serius saya rasa tenang bilamana mendengar kawan-kawan bercakap pasal Tuhan, para anbiya, perjalanan takdir, sikap-sikap orang agama ila akhiri. Saya akan menutup mata dan tersenyum, entah; seronok mendengarnya.

Tidak, bukan bajet budak tabligh-suka-dengar-bayan-bagai. Saya merasakan, Tuhan turunkan pelbagai ujian dan pengajaran kerana saya paling memerlukannya. Saya bukan lebih baik dari siapa-siapa. Habib Ali Al-Jufry kata, "Jangan mengukur ketaatanmu dengan orang lain dan dengan apa yang apa padamu". Jernihkan niat, Sin. Inilah jalan takwa.

Saya nyaris menjadi Perenialis, Pluralis, Mu`tazilah dan Sufis yang suka berlebihan dalam agama. Berkali-kali Tuhan selamatkan saya, hanya akan dibalas dengan kemungkaran dan dosa. Soal amal saya dan dosa saya, tidak perlulah di-detail-kan, cukuplah sekadar mengatakan saya sangat perlu bertaubat. Hemm...

Terkadang bila terkenang keadaan sekarang tanpa Tuhan, hidayah dan pengingatan terhadapNya melalui secara terus, pembacaan, kawan-kawan, guru-guru, tazkirah-tazkirah dan tontonan video, ngeri rasanya. Mungkin sekarang sedang berteleku di Gua Madai mencari hakikat menjadi pendamping malaikat. Mungkin sedang tunduk di depan berhala meminta pada makhluk jua.

Allah, terima kasih. Berikan aku dan orang-orang yang kusayangi peluang selalu untuk berteleku di depanMu, mengharap Kaulontarkan rahmatMu di depan kami semua. Aamiin...


P/S: Penyakit tiba-tiba sedih selalu berlaku selepas `Asar. Terlalu banyak kerja, mungkin?

Comments

Popular Posts