Dalam Usaha Kuat

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Semakin saya ke dalam latar tempat dan masa novel yang tengah saya usahakan, semakin syok rasanya. Sukar digambarkan perasaan itu, yang paling dekat mungkin, perasaan sedang menulis sebuah novel sulung. Hahahaha. Mungkin inilah yang Encik Azrai katakan sebagai 'unidentified feeling'. Perasaan yang tidak boleh dipastikan.

Gembar-gembur saya di media maya bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk. Saya mahu diri saya terikat kepada suatu janji. Sebagai semi-humanis, saya berasakan andai saya dibebani suatu tanggungjawab untuk melangsaikan hutang, mungkin barulah saya bekerja keras. Sekarang asyik mencuri masa saja di bilik mahupun di kelas. Berkeretapan kekunci komputer riba.

'Kereta Api Ke Suurga' harapnya bisa terterbit. Harapnya ia berjaya dalam memberikan impresi kepada pembaca berkenaan ideologi yang saya junjung atau bawakan. Saya boleh katakan gian - dekat lima tahun menulis cerpen dan puisi - dengan pen, pensel dan papan kekunci. Kali ini saya berpeluang buktikan lima tahun latihan dan pembaharuan itu berhasil.

Laa, semua orang, kan belajar?

Comments

Popular Posts