Ooloo Burndull

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Waktu kecil-kecil, saya suka meng-Inggeris-kan ejaan. Macam 'kasut' menjadi 'car-shoot', atau 'selendang' menjadi 'sure-lane-dunk'. Benda-benda kecil begini yang telah lama saya kehilangan, sampai bila entah saya berjuang untuk dapatkan semula, namun kedewasaan meragutnya dan melemparnya jauh-jauh. "Orang matang tidak perlukan itu semua," kata hati.

Apa aku merepek neh?

Uhm. Jarang sudah mengulas aktiviti-aktiviti harian di sini, sedangkan punyalah main banyak peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam setahun ini (next year, I can sense a big time event will happen). Rindu pula. Maka, saya cuba buat semula untuk satu pos ini jaa. Lepas tu, kita lihat bagaimana.

Ulu Bendul

Dalam bas menuju ke hutan lipur neh, jangkaan dan sangkaan saya adalah sebuah kawasan rekreasi yang dikunjungi ramai orang dan punya jeram yang deras gila dan dalam gila. Sampai jaa di sana, saya mula-mula kagum dengan barisan kedai-kedainya yang cantik (mau beli air tin, tak sempat masa tu). Sekali masuk ke hutan: "This what you call sungai?". I was literally shocked.

Amer dan Syafiq yang berbakat besar
Leroy yang serupa Leroy Sanchez, penyanyi YouTube tu.
John sipembuat yell.
Due to popular demand, I present you this...

Tapi indahnya di Ulu Bendul bukan kerana jeramnya yang selalu menyanyikan lagu selamat malam paling indah. Indahnya di sana adalah kerana kenangan yang kami semua (Pengakap, KRS, PPIM, Pandu Puteri; semuanya!) bina. Ah, seronoknya mendengar dari dalam khemah kawan-kawan se-Pengakap bermain gitar dan bernyanyi di keliling unggun api.

Dapat belajar membuat wogel rotan Pengakap, menghafal Persetiaan dan Undang-undang Pengakap, memahami dengan jelas maksud menjadi Pengakap; semuanya ini perkara normal. Perkara luar biasa yang tiada dalam silibus kem ada banyak. Contoh: menjumpai bakat memasak dalam diri. Saya masak semua sekawan puji. Ambik engkau, senyap mereka makan tanpa bunyi. Hahaha.

Berbual sampai lewat malam dengan kawan-kawan adalah antara beberapa perkara yang saya sangat suka. Dengan Aldzarfiq, Amer Aizuddin, Zulfadhli, Farahida, Nadiah (kamu dua, di gerai tuu; kamu ingat? Hahaha) dan ramai lagi. Dalam diam mencatit nota hati, mempelajari sikit demi sikit dari mereka semua. Saya murid kehidupan, merekalah guru yang datang silih berganti.

Hahaha. Nanti kalau rajin, saya tulis cerita lain pulak. Bosankan, yang ini?

Comments

Popular Posts