Jangkaan Mengena

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Baiklah, hari ini telah memutuskan segalanya. Saya tidak boleh/layak bergelar guru. Kalau dulu berfikiran ianya hanya ilusi pesimistik saya, namun kini saya - ironisnya - boleh bernafas lega kerana sudah mendapat kepastian. Walaupun sedikit musnah sebentar tadi selepas persembahan, saya boleh katakan ia bukan salah siapa-siapa melainkan saya, dan saya mulai sedar untuk mencari kerjaya lain. For real.

Jadi, kamu mahu jadi apa?
Entahlah. Tapi sebolehnya yang berkaitan penulisan. Kewartawanankah, kolumniskah. Tahu ilmu di dada belum cukup banyak untuk menghasilkan penulisan bermutu, namun asal ada minat, saya rasa boleh jalan sudah kot. Rakan-rakan sekeliling ada juga menyiku menyuruh mulai mendalami jurnalisme. Tundukkan ego dan terima alternatif? Hmmm. Baiklah. Saya akan pertajam kemahiran terlebih dahulu.

No matter how intelligent you are, if you don't use it, you are just as idiot as the rest"

Maaf, kalau kamu fikir saya mengisytiharkan diri saya sebagai manusia pintar, kamu salah. Adapun kalau diceritakan dari sudut persepsi, ramai kawan-kawan mengakui kebolehan saya dalam beberapa aspek, khususnya penulisan (kita bercerita dari sudut ini sajalah, ya?). Bila terbaca petikan ini di sebuah laman web, tembus segala pertahanan rasa. Oh tersia-sia, banyak tersia-sia! 

Saya cintakan membaca dan menulis melebihi perkara lain di dunia. Hendak luah emosi, pergi ke jurnal. Hendak kongsi fikiran, tulis di blog. Hendak mengutus petikan karya terbaharu kepada seluruh dunia, poskan di laman muka buku. Kalau stres, buka buku Imam Nawawi (r.h) atau Greg Iles. Berkurung dalam dunia membaca yang hanya saya dan Tuhan tahu seronoknya (kalau kena masa).

Yassin, to the typewriter!

Comments

Popular Posts