Kebenaran (I)

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Perbezaan 'pembenaran' dengan 'kebenaran' adalah sama seperti perbezaan 'tasdiq' dan 'haq':- pembenaran merujuk kepada sikap atau reaksi manakala kebenaran bermaksud sifat atau hakikat. Meskipun dalam perkataan pembenaran itu ada perkataan 'benar', ia tidaklah bermaksud apa-apa sahaja pembenaran itu selari dengan kebenaran.

Contoh: saya ada sepasang kasut biru. Disebabkan saya buta warna, dan kawan saya A pun, buta warna, maka kedua-dua kami melihat kasut itu berwarna kelabu. Apabila saya menyatakan, "Kasut saya berwarna kelabu!", lalu si A melakukan pembenaran, itu tidak merubah kebenaran yang sebenarnya kasut saya berwarna merah.

Bahkan pembenaran ramai orang untuk satu perkara tidak akan merubah kebenaran, seperti contoh, teori geocentric Ptolemy yang mengatakan sistem Suria mengelilingi Matahari yang diterima umum (khususnya atas sokongan pihak Gereja). Dalam peringkat lebih besar (masharakat), ini namanya ralat argentum ad populum (kerana ramai percaya, maka ia benar).

Berbalik kepada isu pembenaran: bagaimana kita hendak memastikan apa yang kita tahu selari dengan kebenaran? Dengan melihat kepada bukti. Namun bukti sahaja tidak mencukupi, kerana boleh jadi bukti-bukti tersebut telah tercemar, atau sebahagian lagi hilang. Mangsa kepada keadaan ini adalah sains; ketidakcukupan mereka dalam bukti menyebabkan mereka menolak Tuhan.

Kita boleh utarakan saksi atau argumen. Begitupun, saksi boleh saja menipu, manakala argumen boleh saja gagal (kerana pada aras tertentu, argumen juga perlukan bukti), atas sebab-sebab tertentu. Secara jujur pada dasarnya, tiada cara untuk membenarkan sesuatu perkara secara mutlak. Mungkin kerana ini Dewey mengatakan kebenaran itu tentatif.

Ketidakupayaan memastikan ini adalah kelemahan manusia yang hakikat. Jika tidak kerana sifatNya yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, boleh saja dibiarkanNya kita terkontang-kanting, meraba-raba dalam gelap mencari kebenaran. Dia Tahu kita lemah dan jahil, Dia turunkan para PesuruhNya dan wahyu-wahyu. FirmanNya:
"Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata."
Sebagai mana kebenaran tidak akan musnah tanpa bukti, saksi dan argumen mutlak, sebagaimana cahaya kebenaran tidak akan sirna andai kita menutup mata, sebagaimana kebenaran tidak akan kalah meskipun yang mempercayainya tiada, begitulah Tuhan. Tuhan itulah kebenaran. Dia cukup apa adaNya. Qiyamuhu binafsihi. Berdiri dengan sendiriNya.

Comments

Popular Posts