Autonomi Kuat

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Alhamdulillah, parlimen sudah dibubar dua hari lepas. Saya bukanlah dari belah mana-mana parti, cuma mendoakan agar yang Allah SWT berikan kemenangan, parti yang boleh memperjuangkan Islam dengan sebenar-benar erti. Bukan setakat, "Kalau hari menang, esok kita buat hudud!", atau "Kami sebenarnya menyokong hudud" yang tidak lebih kata-kata.

Memilih

Adapun hari ini saya bukan mahu bercakap mengenai memilih calon undi atau wakil rakyat—yang mana lebih bagus berbanding yang mana—tetapi mengenai proses memilih yang lebih penting dalam hidup kita, sehari-hari. Iaitu: memilih untuk jadi kuat.

Lemah bukanlah suatu yang azali, tertanam dalam badan kita. Kalau bercakap dari segi fizikal mungkinlah, namun dari segi pemikiran dan rohani, kita boleh kawal. Lemah atau kuat. Sederhana atau melampau. Orang yang memilih untuk lemah mudah dikalahkan, mudah tumbang sepanjang berjuang, dan sukar untuk bangkit selepas itu.

Allah SWT telah memberikan kita kekuatan yang makhluk lain tidak akan dapat tandingi. Segagah-gagah singa itu, rebah berdarah juga di muncung senapang yang meledak. Setinggi-tinggi zirafah, dengan binaan mudah, kita boleh jadi berkali ganda lebih tinggi. Sehebat-hebat helang terbang, belum pernah didengar sampai ke ruang angkasa perginya.

Saya bukanlah kuat orangnya. Berkali-kali juga saya tersembam, luka menangis dan jatuh dengan calar-balar yang banyak serta dalam. Namun ilmu ‘autonomi menjadi kuat’ ini saya belajar dari pengalaman juga. Bukan untuk berbangga, tetapi Kehidupan telah  menjadi guru yang sangat baik, dan saya sekarang jauh lebih kuat.

Berprosedur

Langkah pertama menjadi kuat—bagi seorang yang percaya—adalah mencari Tuhan. Serius, kawan. Kalau kau sudah jumpa Dia dalam hati kau, bagilah apapun halangan, piece of cake saja, Orang Putih kata. Percayalah.

Comments

Popular Posts