Puisi Depan Megi

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH
Malam ini kenangan membanjiri ruang jiwaku
Malam-malam sudah kita pernah bersatu
Dalam angan-angan yang mustahil berlaku.
Malam ini memori memenuhi segalanya
Memanggil pikiran pulang ke masa lalu
Bahawa di sanalah ia sepatutnya merada.
Malam ini kerinduan mendatangi kamar
Ia tunduk insaf dan menunggu sabar
Aku hanya merenungnya, berair mata
Aku hanya termangu tanpa kata-kata.
Malam ini janji kita merahmati diriku
Perpisahan adalah suatu janji temu
Sebagaimana kematian
Sebagaimana percintaan
Sebagaimana keindahan
Sebagaimana kenangan
Sebagaimana memori
Sebagaimana malam ini.
Datang rajin mengarang puisi. Sudah lama mahu mengimpikan antologi dengan tajuk 'Perasaan Bercetak' dan 'Sven Medyona'. Tapi, seperti puisi di atas terangkan, sesetengah impian hanya layak disimpan, diperap sampai masam lalu dibuang. Triknya adalah membangunkan suatu fakulti sentimen yang lebih ampuh dan boleh bertahan kehilangan.  Menghadap megi goreng ayam sejuk malam ini, idea datang mencurah-curah dan saya sudah bersedia untuk membasahkan bantal dengan air mata. Bercakap pasal hipokrasi; kau suruh orang tahan air mata dengan tangisan. Inilah diri saya, dari dulu lagi: penangis.

Comments

Popular Posts