Hai, Warga Maya!

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH


Pos terakhir ditulis pada 09 Mac 2016. Bayangkan kalau menulis pos ini macam memberi haiwan peliharaan makan; blog ini barangkali sudah lama menjadi tengkorak. Hahahaha. Kelaparan, kehausan, tidak dihiraukan, tidak popular. Macam pemiliknyalah #morbidity

Bila menoleh balik, di sinilah biasanya saya menabur segala perasaan (macamlah ada yang membaca) tentang segala perkara (nyatanya sangat menjemukan untuk dibaca). Lega setiap kali menulis di blog ini. Dari hal seserius falsafah kepada seremeh-remeh soalan kenapa saya masih bujang menjelang tahun 2017, semuanya saya catatkan di sini. Sekarang, ia lebih mirip arkib berbanding blog. Saya pun sendiri hairan kenapa saya berhenti secara tiba-tiba.

Dan dalam masukan kali ini saya tidak akan berjanji untuk "menyambung semula penulisan harian", sebab saya tahu lama-lama janji itu akan saya lupakan dan kalian akan ternanti-nanti tanpa sebarang kepastian (bajet diva ke langit haprak ke laut). Lagipun, saya tengah gila menulis novel. Mendaki kepada klimaks cerita sudah. Pasal nasib golongan minoriti liberal (iya, membosankan). Nanti kalau sudah terjual, harap kamu belilah #shamelesslypleading

Kbai, warga maya. Panjang umur kita jumpa. Mungkin saya boleh bagi autograf percuma?

Comments

Popular Posts