Merbahayanya 'Comfort Zone'

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Saya kira, saya antara manusia yang berjaya melalui fasa memalukan dengan jayanya. Saya buka blog saya yang terdahulu satu persatu, dan ternyata, fasa memalukan ini jugalah yang paling menampilkan diri saya yang paling dinamik; paling berontak, paling tidak stabil dan kuat beremosi. Saya mahu letakkan pautan di sini supaya jelas apa yang saya perkatakan, namun saya terlalu malu untuk melakukan demikian. Dengan perkataan berwarna-warni, tulisan penuh emosi dan gambar-gambar yang tidak berkaitan apapun... aduh. Maaf, ya!

'Comfort  zone; yay or nay?'

Gambar pertama saya pos di blog.

Sewaktu kecil dulu, saya suka belajar. Bukan; bukan belajar seperti melalui buku teks dan kerja rumah. Belajar dengan maksud meningkatkan perspektif mengenai dunia. Benar. Sewaktu kecil dulu, dunia adalah topik yang sangat mengujakan saya. Bila 'Maximum Exposure', 'Majalah 3' atau 'Anatomy Of Disaster' ditayangkan di televisyen, saya akan bergegas dari apapun yang saya buat, agar tidak terlepas ketiga-tiga program ini (ada banyak lagi, tapi tiga ini yang paling saya ingat). Begitulah ghairahnya saya dalam belajar.

Entah kenapa, pada suatu titik dalam kehidupan saya, pembelajaran menjadi sesuatu yang tidak menyeronokkan. Ianya bukan suatu perasaan yang menyeronokkan. Saya jadi tidak keruan, asyik murung, asyik bersendirian dengan blog (hatta, terciptalah akusenpencarikebenaran.blogspot.com). Saya mencari jawapan pada kawan-kawan, pada pembacaan, dan saya kira saya terlalu lewat untuk semua itu. Ketika orang berlumba mengejar skor semester yang lebih tinggi, saya melukut saja di tepi sungai kehidupan.

Percayalah, ia bukan perasaan yang indah. Kehilangan rasa ghairah belajar adalah kerugian yang amat besar. Antara kesan paling ketara, adalah apabila kau berhenti bertanya tentang hakikat hidup. Kau mempunyai kerja yang selesa, gaji yang memuaskan dan hubungan romantik yang mengasyikkan. Kau sekadar hidup, makan dan bercinta, dan kau tidak mahu belajar lagi. Cita-cita kau untuk meraih ijazah sarjana dan kemudiannya doktor falsafah terkubur dalam kefalsafahan 'comfort zone'. Sejujurnya, ia kebangkrapan yang nyata.

Frost pernah menulis hal ini dalam 'The Road Not Taken'. Dalam hidup, ada masa-masanya dua pilih (atau lebih) terbentang di depan kita. Tugas manusia baru ('novel being') adalah dalam memilih jalan yang belum pernah diterokai. Tapi, siapa yang menentukan kau manusia baru atau manusia lama? Itulah jua konflik yang menyebabkan kita memilih kehidupan yang biasa-biasa saja. 'The taken road'; 'the comfort zone'. Dari sini 'common men' terhasil.

'The pain of normalcy'


Kita suka saja memilih jalan yang mudah, yang telah diambil. Ia biasanya ia tidak unik dan membosankan, kerana kisah mengenainya telah diceritakan oleh orang terdahulu. Manusia ini, fitrahnya mahu menjadi unik, signifikan dan ketara. Apabila mereka memilih kebiasaan, maka sudah tentulah mereka sedang dalam perjalanan menyiksa fitrah mereka. Dari sini kita faham, kesakitan normalsi itu bukan suatu legenda. Ialah antara sebab kau tidak boleh menutup mata tika malam datang, atau sentiasa letih dengan rutin kau bekerja dan belajar.

'The road already taken' adalah 'the road towards angst'. Kita lekas berang. Kita sensitif dengan keadaan persekitaran dan sentiasa berusaha ke depan tanpa sebarang motif melakukan demikian. Normalsi itu bahaya, justeru jalan hidup kau, kalau kau boleh tentukan, maka pilihlah yang sukar. Tapi, buat masa sekarang ini, saya sudah tenggelam dalam 'comfort zone'. Saya hanya boleh berkongsi tentang normalsi sendiri sebagai pengajaran.

Comments

Popular Posts