Islam: Kata Kerja Berperisytiharan

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Saya pernah mengikuti sebuah majlis ilmu yang dikendalikan oleh senior-senior saya sewaktu di MRSM dahulu. Mereka ketika itu dalam tempoh bercuti, balik ke kampung halaman dan sambil-sambil melawat maktab rendah yang telah mereka tinggalkan. Sambil-sambil itu, mengambil kesempatan memberikan tazkirah serta motivasi kepada para junior yang [mungkin] mengikut jejak langkah mereka.

Selain imej muka Saiful Amri dan tingkap-tingkap surau yang terbuka luas, terdapat beberapa perkara yang mereka sentuh yang masih melekat dalam kepala dan jiwa saya. Salah-seorang dari mereka (yang saya kira sebagai syeikh kepada jemaah hasan tersebut) membincangkan maksud perkataan Islam serta signifikan maksud tersebut kepada kehidupan kita.

Menurutnya, Islam itu istimewa bukan sahaja dari segi maksudnya, bahkan juga dari segi sifatnya. Begini: kata kerja lain, andai diletakkan di tengah ayat, biasanya akan dieja dengan huruf kecil secara keseluruhan. Namun Islam, atau lebih tepatnya '`aslama' dalam Bahasa Arab (bermaksud, 'tunduk') dieja dengan huruf besar pada huruf pertamanya jika diletakkan dalam situasi serupa.

Islam

Apa yang membuatkan Islam istimewa adalah berbanding agama-agama yang yang dinamakan sempena kata nama (Sg. Indus > Hindu; Kristus > Kristian; Zarasthura > Zoroastrianisme), Islam diambil sempena nama suatu perbuatan fitrah: ketundukan. Penggunaan kata kerja ini telah memfasalkan fahaman agama lain dari Islam melalui dua cara: ia mengisytiharkan bahawa manusia fitrahnya Islam, kerana semua tunduk pada hukum Allah (contoh: bernafas, tidur); dan bukan manusia sahaja yang beragama (contoh dalil: Surah Saff, ayat pertama).

Perisytiharan ini, walau bagaimanapun memfasalkan Islam dari ideologi lain seperi Kristian, Yahudi dan wathani, tidak menyeru manusia untuk berasa lebih mulia dan tidak menuntut umatnya untuk memiliki lebih banyak hak. Bahkan dalam Islam, hak-hak terdahulu seperti meminum arak dan membunuh anak perempuan dirampas dan disingkirkan dari kehidupan masharakat Arab jahiliyah. Bandingkan dengan Yahudi yang menganggap mereka sahaja yang berhak hidup, serta  membunuh semua goyyim (bukan Yahudi) sebagai bukti keimanan kepada Yahweh (rujuk: Kanzil Marsud dalam Talmud).

Dengan adanya perisytiharan ini, Islam membersihkan manusia dari kejahatan-kejahatan lampau. Dengan perisytiharan ini, manusia bebas dari kezaliman manusia lain. Perisytiharan ini juga menjadikan berhala-berhala kehilangan fungsi dan kuasa. Adalah suatu miskonsepsi melihat Islam sebagai suatu ajaran baharu dan membawa pembaharuan, melainkan membawa mereka kepada keadaan semulajadi mereka.

Wallahu`alam fissawwab. Wassalaam.

Comments

Popular Posts